Tanggal 3 Disember 2015, sebuah majlis perpisahan telah diadakan untuk salah seorang kakitangan MAINPP iaitu Puan Azmiza Bint Mat Kasim atau lebih mesra dipanggil Miza di kalangan ahli keluarga MAINPP.
Beliau yang telah menyumbangkan tenaga di sini pada tahun 2009 sebagai pekerja sambilan di Bahagian Undang-Undang dan kemudian telah ditawarkan ke jawatan kontrak pada tahun 2010.
Majlis yang berlangsung selama sejam itu ditayangkan sedikit persembahan media dan turut dihadiri oleh Pengurus Baitulmal MAINPP, Puan Putri Irhanan Binti Sapeli serta pegawai-pegawai dan kakitangan MAINPP.
Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada Puan Asmiza atas sumbangan khidmat bakti beliau sepanjang berkhidmat di sini dan diharapkan ikatan silaturahim akan terus kekal terjalin.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |






