PT Sans | Reset
A A

Bahagian Undang-Undang

Bahagian Undang-undang berfungsi sebagai nadi utama kepada pentadbiran dan pengurusan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dengan memastikan operasi, aktiviti, dasar-dasar dan polisi-polisi Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dilaksanakan mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004.

Bahagian ini akan mengendalikan litigasi dan prosiding di Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil yang melibatkan MAINPP, menyokong tindakan penguatkuasaan syariah, memastikan pengurusan wakaf, hibah dan pusaka mematuhi undang-undang, serta melaksanakan latihan dan penerangan undang-undang kepada pegawai dan Masyarakat