Sekitar Program Bantuan Dan Sumbangan Hasil Wakaf 2014 (Individu)

 g1

Puan Jama'ah Binti Abu Bakar atau lebih dikenali dengan Mak Teh, seorang ibu tunggal yang tinggal di kawasan Batu Maung. Dengan hasil jualan kerepek beliau menyara 3 orang anaknya. Semoga sumbangan yang diberikan oleh pihak MAINPP dapat meringankan beban Mak Teh sekeluarga.

 
 g2

 

Encik Faizul, 24 tahun yang menerima rawatan dialisis selama 2 tahun turut menerima sumbangan.

 g3  

Ketua Bahagian Wakaf, Tuan Haji Fakhruddin Bin Abd. Rahman menyerahkan sumbangan kepada Encik Hisham Bin Samsudin, yang telah 3 tahun dialisis dan tidak mampu untuk bekerja.