Bil | Nama | Pertanyaan | Emel | Tarikh & Masa Pertanyaan | Maklum balas | Jabatan | Tarikh Maklum balas |
1. | Siti Syafina |
Tajuk Maklumbalas: Masalah login di e-minhah Kandungan Maklumbalas: saya merupakan salah seorang |
|
1/13/18 10:54 PM | Assalamualaikum W.B.T
Puan,
Untuk makluman pihak MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG
(MAINPP) tidak mengendalikan urusan biasiswa pendidikan dan ia diuruskan oleh JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG (JHEAIPP). Untuk maklumat terperinci sila berhubung dengan BAH. PENDIDIKAN, JHEAIPP di talian 04 263 7200. Sekian, terima kasih.
|
JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG (JHEAIPP). | 1/15/18 10:50 AM |
2. | Azman Aziz |
Tajuk Maklumbalas: bantuan pendidikan Kandungan Maklumbalas: saya ingin bertanya adakah majlis agama Islam pulau pinang ada memberi bantuan untuk pelajar di ipta/ipts. |
1/22/2018 6:11 PM |
Assalamualaikum W.B.T
Tuan,
Untuk makluman, pihak MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG (MAINPP) tidak menyediakan sebarang bantuan pendidikan namun demikian tuan boleh merujuk terus ke Bah. Pendidikan di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Neg. Pulau Pinang (JHEAIPP) di talian 04- 262 6817
Sekian, terima kasih.
|
JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG (JHEAIPP)
|
1/23/18 8:29 AM |
|
3. | Nur Diana |
Tajuk Maklumbalas: Bantuan pendidikan Institusi Pengajian Tinggi Kandungan Maklumbalas: Bilakah keputusan permohonan untuk Bantuan pendidikan Institusi Pengajian Tinggi oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang dapat diketahui ? |
1/24/2018 3:55 PM |
Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera,
Puan,
Untuk mengetahui status terkini puan boleh terus menghubungi Bah.Pendidikan di talian 04 262 2817
Sekian, terima kasih.
|
JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG (JHEAIPP). | 1/25/18 10:25 AM | |
4. | Aiman |
Tajuk Maklumbalas: penyerahan harta tidak patuh syariah Kandungan Maklumbalas: Bagaimanakah prosedur menyerahkan harta tidak patuh syariah kepada baitulmal? |
1/29/2018 9:08 AM |
Assalamualaikum W.B.T
Tuan,
Bagi urusan wang tidak patuh syariah, pihak tuan boleh terus ke kaunter MAINPP untuk ujuan penyerahan. Walau bagaimanapun, tuan dipohon menghubungi Haji Kamal/ Pn.Azreen untuk urusan dan tindakan selanjutnya di talian 04 2260 305,
Sekian. terima kasih.
|
Unit Pengurusan Dana Wakaf, MAINPP | 1/29/2018 1:09 PM | |
5. | Rosyanti |
Tajuk Maklumbalas: Permohonan Sewa Premis Tiada Jawapan Kandungan Maklumbalas: Assalamualaikum, Saya Rosyanti Bt. Shamsuddin (881119095186) |
2/16/2018 1:43 AM |
Waalaikumusalam.
Puan,
Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada emel puan bertarikh 16 Februari 2018 mengenai perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa Sistem Semakan Status Permohonan Premis dalam penambahbaikan (under maintenance). Berdasarkan kepada perbualan telefon pada 26 Disember 2017, premis yang dipohon masih belum dikosongkan oleh penyewa.
Sekian, terima kasih.
|
Unit Pengurusan & Penyelenggaraan Premis | 2/19/2018 12:57 PM | |
6. | Nor Surayah Binti Hanapi |
Tajuk Maklumbalas: Pertanyaan berkenaan Status Pusat Jagaan Kasih Abadi Kandungan Maklumbalas: Assalamualaikum. Mohon rujuk perkara di atas. Saya ada menerima Whatsapp berkenaan permohonan sumbangan dan bantuan untuk pusat jagaan ini yang dikatakan merupakan rumah anak2 yatim. Dengan tunggakan bil elektrik yang agak banyak dan tiada kelengkapan asas seperti tilam dan sebagainya. Atas dasar prihatin, pihak saya ingin memohon sedikit pencerahan berkenaan status pusat jagaan ini. Tiada sebarang dana atau peruntukan yang boleh disumbangkana kepada mereka dari pihak majlis agama islam pulau pinang? |
3/8/2018 9:41 AM |
Assalamualaikum W.B.T
Puan,
Terima kasih atas kerprihatinan puan terhadap isu ini. Untuk makluman, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) tidak menyediakan sebarang bantuan atau sumbangan namun demikian untuk urusan permohonan bantuan dan sumbangan boleh dirujuk terus ke Zakat Pulau Pinang (ZPP). Berkenaan dengan isu bil elektrik tertunggak, pihak ZPP pernah melawat ke pusat jagaan tersebut dan telah memaklumkan bahawa bil tersebut telah dijelaskan pada penghujung Februari yang lalu. Manakala kelengkapan tilam turut disediakan di sana. Di samping itu, pengurus pusat tersebut turut menyatakan bahawa mereka dalam proses mendaftar dengan JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM) dan pada masa yang sama sedang berusaha untuk memohon bantuan dari Zakat Pulau Pinang .
Sekian.
|
3/14/18 11:27 AM | ||
7. | Fatin Nur Alia Binti Zulkifli |
Tajuk Maklumbalas: Zakat Pendidikan bagi Peringkat Sarjana (Master) Kandungan Maklumbalas: Assalamualaikum. Saya Alia, pelajar Sarjana Sains Pengurusan Perniagaan. Saya difahamkan zakat negeri Pulau Pinang hanya memberi bantuan zakat sehingga peringkat Ijazah Sarjana Muda. Bagi peringkat Sarjana, saya perlu memohon melalui Majlis Agama Islam Pulau Pinang. Bagaimana saya boleh dapatkan borang tersebut? Saya harap pihak Tuan/Puan/Cik dapat membantu saya. Terima kasih. |
3/21/2018 9:33 AM |
Assalamualaikum
Puan,
Untuk makluman, pihak Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) tidak menyediakan sebarang bantuan atau sumbangan namun demikian puan boleh terus berhubung dengan Zakat Pulau Pinang atau Bah. Pendidikan di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP) di talian 04 2637200 untuk maklumat yang lebih terperinci.
Sekian, terima kasih.
|
Bah. Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang |
3/27/18 9:56 AM
|
|
8. | Syaza Syazwina binti Shaifol |
Tajuk Maklumbalas: Tarikh tutup bantuan IPT e-minhah(pulau pinang) Kandungan Maklumbalas: Bilakah tarikh akhir utk saya menghantar borang bantuan IPT e-minhah ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang? |
3/26/2018 1:13 PM |
Assalamualaikum W.B.T
Puan,
Untuk makluman terperinci berkaitan borang bantuan tersebut, sila berhubung terus dengan BAH.PENDIDIKAN di JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG di talian 04 2637200.
Sekian, terima kasih.
|
Bah. Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang | 3/27/18 9:56 AM | |
9. | Nur adibah |
Tajuk Maklumbalas: Pertanyaan Kandungan Maklumbalas: Assalamualaikum, saya Nur Adibah graduan UKM, ingin bertanya bagaimanakah sekiranya saya ingin berkhidmat menjadi guru sekolah rendah/menengah agama? adakah pengambilan guru melalui JAIPP atau terus melalui pihak sekolah? |
3/30/2018 4:52 PM |
Waalaikumsalam W.B.T
Puan,
Untuk makluman, urusan pengambilan guru sekolah rendah/menengah agama diurusakan oleh Bah.Pendidikan di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP) dan boleh dihubungi melalui talian 04 262 6817 untuk info lanjut.
Sekian, terima kasih.
|
Bah. Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang | 4/2/18 10:01 AM | |
10. |
Siti Hajar |
Tajuk Maklumbalas: E-Minhah Kandungan Maklumbalas: Assalamualaikum.. bilakah bantuan e-minhah akan diberikan bg ttahun 2018 ? Adakah bntuan ini diberikan setiap semester atau setiap tahun ? Terima Kasih. |
5/7/2018 1:01 PM |
Waalaikumsalam W.B.T Puan, Untuk maklumat yang lebih terperinci berkaitan bantuan e-minhah, puan boleh merujuk melalui laman sesawang Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang,http://jaipp.penang.gov.my/ atau menghubungi terus ke Bahagian Pendidikan di talian 04 2632 6817. Sekian, terima kasih. |
Bah. Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang | 5/7/18 4:47 PM | |
11. | Mohammad Faiq Bin Mohmad Dasuki |
Tajuk Maklumbalas: Sahlaku Sijil Kursus Kahwin 2006 Kandungan Maklumbalas: Adakah masih sah Sijil Kursus perkahwinan yang dihadiri pada 2006? |
5/17/2018 10:02 AM |
Assalamualaikum W.B.T
Tuan,
Untuk makluman, sijil kursus perkahwinan tidak mempunyai tarikh luput dan sah digunakan bila-bila masa sahaja.
Sekian, terima kasih.
|
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang | 5/21/18 7:44 AM | |
12. | Azman |
Tajuk Maklumbalas: PENANGUHAN Kandungan Maklumbalas: benarkah beberapa projek naik taraf masjid di pulau pinang ditanguhkan seperti yang tersebar dimedia sosial. |
6/1/2018 11:41 PM |
Assalamualaikum W.B.T
Tuan,
Untuk makluman, setakat ini tiada sebarang penangguhan projek naik taraf seperti yang ditularkan.
Sekian, terima kasih.
|
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang | 6/4/18 9:31 AM | |
13. | M.maliki |
Tajuk Maklumbalas: Khutbah jumaat Kandungan Maklumbalas: Assalamualaikum, |
7/7/2018 9:17 PM |
Assalamualaikum W.B.T
Ustazah,
Dipanjangkan emel ini untuk perhatian dan tindakan pihak ustazah.
Sekian, terima kasih.
|
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang | 7/9/18 10:08 AM | |
14. | Ahmad Aiman |
Tajuk Maklumbalas: Skim Bantuan Perkahwinan Pulau Pinang Kandungan Maklumbalas: Assalamualaikum,adakah masih wujud lagi skim bantuan perkahwinan bagi rakyat pulau pinang?jika masih wujud,bagaimanakah cara untuk memohon skim bantuan tersebut?sila bagi pencerahan secara jelas berkenaan skim bantuan perkahwinan tersebut,sekian,terima kasih. |
8/26/18 11:00 PM |
Assalamualaikum W.B.T
Tuan,
Untuk info lebih lanjut berkaitan skim bantuan tersebut, tuan boleh berhubung dengan Bah. Undang-Undang Keluarga Islam, 04 262 6814, di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEIAPP).
Sekian, terima kasih.
|
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang |
8/27/18 8:42 AM
|
|
15. | Nurul Jannah binti Yahya |
Tajuk Maklumbalas: adakah e-minhah masih aktif? Kandungan Maklumbalas: saya mahu bertanya pasal adakah eminhah masih aktif?sbb saya ada mntk lps tu x dpt nk dftr ..x tahu kenapa..tlong saya pelajar baru yang ingin memohon tetapi x dpt nak isi dsbbkan borang macam ada yang x lengkap..lpstu sya ingin bertanya contoh sya mntk e-minhah untuk masa waktu saya sambung degree tetapi saya guna keputusan pada waktu diploma saya ...boleh x? |
|
8/28/2018 10:14 AM |
Waalaikumsalam W.B.T
Puan,
Untuk makluman, sistem e-minhah dikendalikan oleh Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP). Untuk mengetahui status terkini berkaitan sistem tersebut puan boleh terus berhubung dengan bahagian tersebut melalui talian 04 263 7200.
Sekian, terima kasih. |
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang | 8/28/2018 10:14 AM |
16 | Siti Humaira Binti Mohamed Yasin | Tajuk Maklumbalas: Masalah log in e-minhah
Kandungan Maklumbalas: Assalamualaikum. Saya merupakan salah seorang penerima biasiswa. Saya ingin login ke e-minhah untuk : |
|
9/4/18 11:20 AM |
Assalamualaikum W.B.T
Untuk menjawab persoalan tersebut, nombor lain yang boleh dihubungi adalah 04 262 6817. talian terus ke BAH. PENDIDIKAN.
Sekian, terima kasih.
|
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang | 9/4/18 3:43 PM |
17 | Nurul Izzah |
Tajuk Maklumbalas: Borang permohonan perkahwinan yang berlainan negeri Kandungan Maklumbalas: Apakah langkah-langkah yang perlu saya lakukan untuk permohonan kebenaran berkahwin yang berlainan negeri?.. |
|
9/14/2018 2:12 AM |
Assalamualaikum W.B.T
Cik Nurul boleh terus berhubung dengan Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang di talian 04 262 6814 untuk maklumat yang lebih terperinci.
Sekian, terima kasih.
|
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang | 9/14/18 4:06 PM |
18 | NUR HASLIZA |
Tajuk Maklumbalas: Pengurusan kawasan perkuburan jalan perak Kandungan Maklumbalas: Assalamualikum, |
|
10/9/2018 2:52 PM |
Assalamualaikum W.B.T
Terima kasih atas keprihatinan puan. Aduan puan telah dipanjangkan ke Unit Pengurusan dan Penyelenggaraan Premis untuk tindakan selanjutnya.
Sekian.
|
Unit Pengurusan dan Penyelenggaraan Premis, MAINPP | 10/9/18 4:12 PM |
19 | AIDA RAHIZA |
Tajuk Maklumbalas: Borang Tidak Boleh Dimuat Turun Kandungan Maklumbalas: Assalamualaikum dan selamat petang, |
|
11/8/2018 5:44 PM |
Assalamualaikum W.B.T
Puan,
Sila berhubung terus dengan BAH PENDIDIKAN di JHEAIPP untuk pertanyaan dan status terkini melalui talian 04 262 6817.
Sekian, terima kasih.
|
Bah. Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang | 11/9/18 8:31 AM |
20 | Azman Mohd Radzi |
Tajuk Maklumbalas: Mohon pengesahan Kandungan Maklumbalas: Adakah benar azan suboh dan bacaan quran tidak dibenarkan di Pulau Pinang? Adakah benar surat pekeliling dari Majlis telah dikeluarkan? |
11/9/2018 3:04 PM |
Assalamualaikum W.B.T
Tuan,
Untuk makluman, surat yang ditularkan itu adalah isu lama bertarikh 3 Ogos 2011 yang memaklumkan tentang hukum bacaan al-Quran sebelum subuh menggunakan pembesar suara daripada masjid dan surau kepada masjid di Pulau Pinang berdasarkan kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa pada 7 April 2011 dan disahkan pada 6 Jun 2011. Dakwaan yang disebarkan bahawa azan tidak dibenarkan ini adalah tidak benar sama sekali dan merupakan fitnah semata-mata kerana pelaksanaan azan bagi setiap waktu solat fardu di Pulau Pinang berjalan seperti biasa menggunakan pembesar suara kerana ia antara syiar utama Islam.
Malah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang ini melalui surat pekeliling bertarikh 6 Julai 2017 telah megesyorkan kepada semua masjid dan surau di Pulau Pinang untuk melaksanakan azan dua (2) kali bagi waktu subuh iaitu azan pertama dilaungkan sekitar setengah jam sebelum masuk waktu subuh dan azan kedua dilaungkan apabila telah masuk waktu subuh. Sekian, terima kasih.
|
Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang | 11/14/18 2:38 PM | |
21 | Aida |
Tajuk Maklumbalas: Masalah untuk update info dalam website Kandungan Maklumbalas: Assalamualaikum wbt. |
11/24/2018 1:08 PM |
Assalamualaikum W.B.T
Tuan/Puan, Dipanjangkan emel berkaitan sistem e-minhah untuk perhatian dan tindakan selanjutnya oleh pihak tuan/puan.
Sekian terima kasih |
Bah. Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang | 11/26/18 4:08 PM | |
22 | hamidah |
Tajuk Maklumbalas: e minhah Kandungan Maklumbalas: saya cuba untuk kemaskini data e minhah anak saya tapi bila login guna email saya tak boleh login kerana terlupa password. Bila reset balik maklum balas menyatakan email saya tak ada pada pangkalan data. |
|
11/24/2018 11:26 PM |
Tuan/Puan,
Dipanjangkan emel berkaitan sistem e-minhah untuk tindakan dan perhatian selanjutnya.
Sekian, terima kasih. |
Bah. Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang | 11/26/18 4:17 PM |