Yang Berhormat Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Menteri 1 Negeri Pulau Pinang merangkap Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Industri dan Perhubungan Masyarakat berbesar hati merasmikan “Simposium Wakaf Pulau Pinang 2018” di The Light Hotel, Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Sahibus Samahah Dato' Seri Dr. Haji Wan Salim bin Wan Mohd. Noor, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Yang Dihormati, Dato' Roslee bin Chik, Timbalan Ketua Polis Negeri Pulau Pinang serta YBhg. Dato’ Haji Abdul Malik Abul Kassim, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.
Program yang julung kali diadakan ini telah menghimpunkan peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan institusi agama Islam negeri Pulau Pinang, pegawai dan kakitangan agensi kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, wakil dari institusi perbankan, wakil dari Institusi Pengajian Tinggi, wakil dari Badan Bukan Kerajaan (NGO), para pemaju Bumiputera serta orang ramai untuk memastikan pengisian simposium ini dapat disalurkan ke semua peringkat masyarakat.
Program SIMPOSIUM WAKAF PULAU PINANG 2018 yang diadakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dengan kerjasama WPPSB dan UDA ini adalah bermatlamat untuk:
i. Memberikan pendedahan tentang maklumat terkini dan semasa berkenaan isu-isu berkaitan pengurusan dan pentadbiran wakaf khususnya di Pulau Pinang;
ii. Membina jaringan dan kolaborasi pintar antara MAINPP dan institusi-institusi yang berkepentingan untuk pembangunan wakaf;
iii. Membincang dan mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi di dalam membangunkan wakaf; dan
iv. Meneroka bidang-bidang baru yang boleh dimanfaatkan untuk pembangunan dan kelestarian wakaf.
Melibatkan tiga sesi pembentangan kertas kerja dan panel-panel yang dijemput antaranya Datuk Dr Mohd Daud Bakar, Pengerusi Eksekutif Armanie Group yang menyampaikan ucaptama.
Dimulakan dengan sesi pertama, Dr. Md Nurdin bin Ngadimon, Timbalan Pengarah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Encik Abdul Mohsein Bin Mohd Shariff, Pengarah Awqaf Holdings Berhad membentangkan kertas kerja bertajuk Pembangunan Ekonomi Menerusi Wakaf.
Sesi kedua pula melibatkan dua panel Prof Madya Dr Mohd Afandi bin Mat Rani dari Institut Wasatiyah Malaysia, Jabatan Perdana Menteri dan Prof Mohd Shukri Salleh Pengarah ISDEV, USM yang membentangkan kertas kerja bertajuk Ke Arah Pengurusan Wakaf Yang Proaktif.
Sesi terakhir yang membincangkan tajuk Masa Depan Wakaf Pendidikan dan melibatkan dua panel Prof Madya Dr Mohd Mizan bin Mohammad Aslam, pensyarah di Universiti Malaysia Perlis dan Dr Razali bin Othman Pengarah Wazan di Universiti Putra Malaysia.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |