Bertempat di Masjid Jamek Hashim Yahaya, Jalan Perak, baru-baru ini berlangsungnya program amal, 'Jom Cuci Masjid' siri ke 30 anjuran Jabatan Operasi Teknikal, Media Prima Berhad.
Program amal yang bermula sekitar jam 9.00 pagi ini dimulakan dengan kerja-kerja mengecat dinding pagar masjid dan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan perkuburan oleh para peserta dari Penjara Negeri Pulau Pinang, kariah Masjid Jamek Hashim Yahaya, serta beberapa pegawai dan kakitangan dari Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP). Tidak ketinggalan para peserta bikers dari beberapa NGO yang turut serta dalam program ini.
Antara yang menarik tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Hanafiah Abdul Malek & Ustaz Shaffi Yusuf Ghani di perkarangan tanah perkuburan. Turut diselitkan penyampaian beras, minyak masak serta kit jenazah kepada asnaf-asnaf dan beberapa masjid yang terlibat .
|
|
|
|
|
|