Pada 29 April 2015 Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) ini telah menerima kunjungan delegasi dari Universiti Islam Malaysia, (UIM) Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan. Delegasi yang diketuai YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor, Pengerusi Majlis UIM turut disertai 5 orang pegawai iaitu YBhg. Dato’ Othman Desa, Pengarah Bahagian Dana, Aset Dan Wakaf, YBhg. Datuk Abdul Manaf Ahmad, YBhg. Profesor Dr.Noor Inayah Yaakub, YBhg. Profesor Dr. Mohamad Abdul Hamid Dan Encik Mohd Zul Fadlain Abdullah.
Tujuan kunjungan adalah untuk memberikan taklimat kepada ahli-ahli MAINPP berkaitan latar belakang penubuhan UIM serta kursus-kursus yang ditawarkan oleh UIM. Ini memandangkan UIM merupakan institusi pengajian swasta yang dimiliki sepenuhnya oleh majlis agama islam negeri-negeri.
Majlis Universiti Islam Malaysia dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor, manakala ahli-ahlinya terdiri daripada wakil negeri-negeri di Malaysia termasuk dari kalangan YAB Menteri besar, Sahibus Samahah Mufti-mufti, pembesar-pembesar negeri, Lembaga Pemegang Amanah Koleh Islam Malaya serta tokoh-tokoh akademik negara.
Secara keseluruhannya, sesi kunjungan dan taklimat tersebut bukan sahaja bertujuan memberikan penerangan tentang latar belakang UIM, malah merupakan platform awal ke arah kerjasama yang lebih erat antara UIM dan MAINPP, khususnya dari aspek kajian-kajian yang diperlukan oleh MAINPP supaya dapat berperanan lebih efektif demi kemajuan dan kemaslahatan umat Islam di Pulau Pinang.
![]() |
![]() |
![]() |

.jpg)

