Maklum balas 2019

Bil  Nama  Pertanyaan  Emel  Tarikh & Masa Pertanyaan  Maklum balas  Jabatan  Tarikh Maklum balas 
1.   MUHAMMAD SHAFIQ

Pertanyaan berkaitan muat naik keputusan peperiksaan di laman web e-minhah

Kandungan Maklumbalas: Assalammualaikum,

Adakah pelajar masih perlu memuatnaik keputusan akhir semester di laman web e-minhah? Hal ini demikian kerana saya cuba memasuki laman web tersebut tetapi tidak wujud. Terdapat laman web yang lain ke untuk proses memuat naik keputusan kami?

Terima Kasih

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  2/14/2019 4:42 PM
Waalaikumsalam W.B.T
Tuan,
Untuk pertanyaan lebih lanjut, boleh terus berhubung dengan BAHAGIAN PENDIDIKAN di JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG, JHEAIPP, 04 262 6817 

Sekian terima kasih.  
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang  2/15/19 10:50 AM
2. Hazeeq Hamzah

Tajuk Maklumbalas: Kes PPR Taman Manggis

Kandungan Maklumbalas: Assalamualaikum WBT, saya ingin bertanya adakah dikit sebak apabila melihat anak-anak yang masih bersekolah tiada rumah. Mohon maklumbalas daripada pihak tuan. Terima kasih.

:

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  3/7/2019 12:57 AM
Assalamualaikum W.B.T
Tuan,
Untuk makluman, kes tersebut di bawah seliaan Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan boleh terus merujuk ke bahagian berkenaan.
Sekian, terima kasih. 
Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang 3/7/19 5:16 PM
3. SYAZWAN FIKRY BIN ZULKIFLI

Tajuk Maklumbalas: kerja kosong

Kandungan Maklumbalas: Assalamualaikum, saya nak tanya ada tak kerja kosong saya berminat nak kerja

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 4/23/19 11:15 AM
Assalamualaikum w.b.t., 
Tuan,
Merujuk kepada pertanyaan tuan berkenaan kerja kosong, buat masa ini tiada sebarang kerja kosong ditawarkan di MAINPP. Tuan boleh menyemak iklan jawatan kosong di Laman Web MAINPP dari semasa ke semasa.
Sekian, terima kasih.
MAINPP 4/24/19 12:15 PM
 4.

shardeeda

Tajuk Maklumbalas: Kedai Menjual Makanan Di Waktu Tengahari Di Bulan Ramadhan

Kandungan Maklumbalas: Assalammualaikum>
Tuan saya hendak melaporkan bahawa kedai makan di kawasan pendaratan ikan di kawasan Penaga@KualaMuda sewenangnya menjuai makanan pada waktu tengahari di bulan Ramadhan ini.Harap pihak tuan dapat menyiasat perkara ini

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 5/16/19 2:01 PM
Assalamualaikum w.b.t.,
Puan,
Terima kasih di atas aduan yang diterima pihak MAINPP. Saya telah memanjangkan aduan puan kepada pihak Bahagian Penguatkuasa JHEAIPP untuk tindakan selanjutnya. Jika terdapat sebarang pertanyaan atau aduan lanjut mengenainya, puan boleh hubungi  Hotline Penguatkuasa di talian : 013-4419300 / 019-4256917.
Sekian, terima kasih.
 Bahagian Penguatkuasa JHEAIPP  5/17/19 11:33 AM
5. Norlizaayuzah

Tajuk Maklumbalas: MEMOHON SAMPUL DUIT RAYA

Kandungan Maklumbalas: Tuan/Puan,
Saya merupakan pengumpul sampul duit raya dan berdaftar dengan Kelab Pengumpul Sampul Duit Raya. Saya dengan rendah diri ingin memohon sampul duit raya keluaran tahun 2019 agensi tuan/puan untuk dijadikan koleksi jika ada. Terima kasih kerana menyokong hobi saya.

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 6/3/19 9:50 AM
Assalamualaikum w.b.t.,
Puan,
Terima kasih di atas permohonan yang diajukan kepada pihak MAINPP. Walau bagaimanapun, untuk makluman puan, setakat ini pihak MAINPP belum pernah lagi mengeluarkan sampul duit raya. 
Sekian, terima kasih.
- 6/12/19 9:15 AM
6. Anisah

Tajuk Maklumbalas: Soalan

Kandungan Maklumbalas: Boleh sy tahu, bilakah tarikh permohonan bantuan pendidikan pengajian tinggi dibuka?

:

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 6/12/2019 8:48 PM
Assalamualaikum W.B.T
Untuk pertanyaan berkaitan pendidikan, Cik Anisah boleh terus berhubung dengan BAHAGIAN PENDIDIKAN di JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG, 04 262 6817 

Sekian, terima kasih. 
  6/25/19 11:02 AM