PT Sans | Reset
A A

Temuduga Jawatan Pembantu Awam Gred H11

Temuduga bagi jawatan Pembantu Awam Gred H11 (Kontrak) akan diadakan seperti butiran berikut:

 Tarikh: 13 Ogos 2014 (Rabu) 
 Masa:  9.00 pagi
 Tempat: Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang,
Tingkat 8, Menara UMNO,
128 Jalan Macalister,
10400 Pulau Pinang 

 

Untuk semakan calon yang berjaya, sila klik pada pautan berikut: 
Senarai Nama Calon Temuduga Jawatan Pembantu Awam Gred H11

PEWARIS SMARTCAMP 2014

*JOM "SOLEH" di PEWARIS SMARTCAMP 1/2014*

Tempat: PULAZA

Tarikh: 31/5 hingga 2 JunUmur: 10 hingga 12 tahun (Lelaki dan perempuan)Yuran pendaftaran awal (early bird): RM40.00/seorang (sehingga 24 Mei 2014).Tarikh akhir penyertaan peserta pafa 29 Mei 2014.

++Maklumat lanjut boleh hubungi 013-3344179 (Tuan Keon)

psc

++PENYERTAAN TERHAD! HUBUNGI SEKARANG!

Permohonan Penyewaan Premis Komersial No 24-A, Lebuh Buckingham, 10200 Pulau Pinang

Premis milik MAINPP di Bangunan Wakaf  Lebuh Buckingham, Georgetown, 10200 Pulau Pinang

No. Lot No. 24-A
Harga Minimum: RM1,100.00
Keluasan: 920/kps
Jenis Perniagaan Dicadangkan: Pejabat Pengurusan/pemasaran

Premis komersial di Bangunan Wakaf Lebuh Buckingham, Georgetown 10200 Pulau Pinang untuk disewakan kepada bumiputera beragama Islam.  Kepada pihak yang berminat, sila lengkapkan borang Permohonan Penyewaan Premis Komersial termasuk bidaan kadar sewa sebulan.  Borang permohonan perlu dikembalikan ke dalam peti sebutharga di Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Tingkat 9, Menara UMNO, 128 Jalan Macalister, 10400 Pulau Pinang pada atau sebelum 16 Mei 2014 sebelum 12.00 tengahari.

Sila klik di pautan dibawah untuk muat turun Borang Permohonan Premis Komersial dan melihat gambar serta pelan premis tersebut. 

Borang Permohonan Sewa No 24-A, Lebuh Buckingham, Georgetown, 10200 Pulau Pinang

Permohonan Penyewaan Premis Komersial, No 81F-G Lebuh Acheh, Georgetown, 10200 P.Pinang

Premis milik MAINPP di Bangunan Wakaf Masjid Melayu Lebuh Acheh, Georgetown, 10200 Pulau Pinang

 

No. Lot  No. 81F-G 
Harga Minimum RM230.00 
Keluasan 136 kps 
 Jenis Perniagaan dicadangkan Kraftangan, Cenderamata, Cenderahati dan produk berasaskan pelancongan 

 

Premis komersial di Bangunan Wakaf Masjid Melayu Lebuh Acheh, Georgetown 10200 Pulau Pinang untuk disewakan kepada bumiputera beragama Islam.  Kepada pihak yang berminat, sila lengkapkan borang Permohonan Penyewaan Premis Komersial termasuk bidaan kadar sewa sebulan.  Borang permohonan perlu dikembalikan ke dalam peti sebutharga di Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Tingkat 9, Menara UMNO, 128 Jalan Macalister, 10400 Pulau Pinang pada atau sebelum   30 April  2014 sebelum 12.00 tengahari.

Sila klik pautan di bawah untuk muat turun borang.

Borang Permohonan Sewa No 81F-G, , Georgetown, 10200 Pulau Pinang 

 

 

Kenyataan Media Yang Dipertua MAINPP berkenaan Laporan Ketua Audit Negara 2013 berkaitan KITAB

Kenyataan Media Yang Dipertua MAINPP berkenaan Laporan Ketua Audit Negara 2013 yang telah disiarkan oleh portal Malaysiakini bertarikh 8 April 2014.


KITAB (Kolej Islam Teknologi Antarabangsa) ADALAH SEBAHAGIAN DARI FOKUS UTAMA MAINPP.

1. Merujuk kepada laporan Audit Negara 2013 yang dipetik oleh portal Malaysiakini bertarikh 8 April 2014, dimaklumkan bahawa KITAB sememangnya menjadi sebahagian FOKUS UTAMA kami di Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang untuk sesi ini.

2. Disamping fokus untuk "Penambahbaikan Pengurusan Pendidikan Islam" yang turut merangkumi KITAB, Retreat Bengkel Halatuju MAINPP yang berlangsung pada 6 hingga 8 April 2014 semalam turut menggariskan 3 lagi FOKUS UTAMA MAINPP untuk sesi ini iaitu:

"Pembangunan Organisasi", "Penambahbaikan Pengurusan Wakaf" dan "Penambahbaikan Pengurusan Masjid".

3. Ahli-ahli Lembaga Pengarah Usaha Tarbiah P.Pinang Sdn Bhd (anak syarikat MAINPP) yang menguruskan KITAB juga akan dirombak dan dibuat perlantikan baru dari kalangan tokoh-tokoh akademik berwibawa dan pemimpin yang berkaliber. Perlantikan tersebut akan dibuat dalam masa terdekat.

4. Kampus Induk KITAB yang lebih luas, selesa, canggih dan sesuai dengan keperluan akademik semasa juga sedang dikaji dan akan dilaksanakan.

5. Pihak MAINPP juga amat menghargai serta mengalu-alukan segala pandangan dan cadangan penambahbaikan institusi Agama Islam seumpama MAINPP, agar ianya terus kukuh dan maju bagi mencapai VISI "Sebuah Institusi Yang Unggul Berteraskan Konsep Muamalah Islam Demi Kesejahteraan Ummah".

Amanah ini adalah tanggungjawab kita bersama.


Terima kasih.

YB. Dato' Hj Mohd Salleh bin Man
YANG DIPERTUA
MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG
9 April 2014

Pautan ke portal Malaysiakini bertarikh 8 April 2014