Majlis Taklimat Perjanjian Sewaan Ahli Makmal Sosio-Akademik Sungai Nibong (MASA@Sungai Nibong)

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dengan beberapa agensi lain antaranya Zakat Pulau Pinang, Wakaf Pulau Pinang (WPPSB) hadir ke sesi taklimat perjanjian sewaan ahli Makmal-Sosio-Akademik Sungai Nibong (MASA@Sungai Nibong) bertempat di Dewan Serbaguna PDRM, Gelugor, Pulau Pinang.

Turut hadir pada sesi tersebut Dr. Shereeza bt. Sherif, Ketua Projek Program MASA@Sungai Nibong (ISDEV USM) dan Tuan Hj. Sheikh Mohd. Tawfeek bin Hassan Badjenid daripada Tetuan Tawfeek Badjenid and Partners

Majlis yang bermula jam 10.45 pagi itu dihadiri seramai 36 orang terdiri daripada ketua isi rumah dan seorang isi rumah yang dikategorikan sebagai golongan asnaf (Ahli MASA@Sungai Nibong)

Berlangsung selama dua jam, sesi taklimat disampaikan Tuan Hj. Fakhruddin bin Abd Rahman, Ketua Unit Pembangunan Hartanah dan Harta Wakaf, MAINPP, Ustaz Roslan bin Harun, Pengurus Besar Jabatan Operasi Pengagihan ZPP, En. Mohd Hafizuddin bin Sirajuddin, Ketua Pegawai Operasi WPP, Dr. Shereeza bt. Sherif, Ketua Projek Program MASA@Sungai Nibong (ISDEV USM) dan Tuan Hj. Sheikh Mohd. Tawfeek bin Hassan Badjenid daripada Tetuan Tawfeek Badjenid and Partners.

Taklimat yang disampaikan adalah berhubung pengurusan wakaf, bantuan zakat yang dinikmati, aspek pengurusan sewaan dan penyelenggaraan premis dan perjanjian sewaan yang ditandatangani.

 

masa1 masa2
 masa3  masa4
 masa5  masa6
 masa7  masa8
 masa9  masa10