Wad pesakit terlantar merupakan sebuah lagi perkhidmatan perlindungan dan penjagaan warga emas yang diwujudkan di Rumah Kebajikan Darul Hanan, Pongsu Seribu, Kepala Batas. Wad ini mempunyai kapasiti kemudahan 30 katil dengan memperuntukkan 15 untuk warga emas golongan asnaf, manakala selebihnya untuk kategori warga emas yang mampu bayar bagi menampung kos operasi jagaan.
Perkhidmatan yang ditawarkan termasuk Jagaan 24 jam, khidmat fisioterapi, Quran time, pengisian rohani, penyediaan makan dan minum serta dobi. Manakala penjagaan warga emas terlantar akan dijalankan oleh kakitangan terlatih yang dilantik.
Juga dimaklumkan kemudahan katil di wad pesakit terlantar adalah hasil kutipan dana wakaf yang dijalankan secara kerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Sebanyak RM41,265.00 telah berjaya dikumpul bagi membeli kemudahan berkenaan. Pihak Darul Hanan mengucap setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pewakaf yang telah merealisasikan hasrat Darul Hanan mewujudkan wad pesakit Darul Hanan.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |