PT Sans | Reset
A A

Maklum balas 2020

Bil  Nama  Pertanyaan  Emel  Tarikh & Masa Pertanyaan  Maklum balas  Jabatan  Tarikh Maklum balas 
 1  Nur Haziyah

Tajuk Maklumbalas: Bantuan E-Minhah

Kandungan Maklumbalas: Assalamualaikum, saya nk tanya tentang bantuan e-minhah. 
Adakah bantuan e-minhah ini sudah dibuka bagi sesi 2020?
Jika belum dibuka, boleh saya tahu tarikh bila ia dibuka?

:

 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 1/30/2020 12:50 PM
Assalamualaikum W.B.T
 Puan,
Untuk bantuan pendidikan, sila berhubung terus dengan
ZAKAT PULAU PINANG 04 549 8088
untuk maklumat lebih lanjut.
Sekian, terima kasih.  
 Zakat Pulau  Pinang  1/31/20
11:19 AM
2. Siti Zainab

Tajuk Maklumbalas: Borang Permohonan

Kandungan Maklumbalas: Assalamualaikum.
Saya ingin bertanya di mana saya boleh dapat borang permohonan untuk penyewaan perumahan wakaf?
Terima kasih.

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 2/3/2020 3:15 PM
Assalamualaikum W.B.T
Puan,
Untuk permohonan sewaan, puan boleh terus berhubung dengan Wakaf Pulau Pinang di talian 04-251 9720 untuk info lebih terperinci.
Sekian, terima kasih.
Wakaf Pulau Pinang 2/13/20 9:26 AM
3  Ahmad Hafizal  Tajuk Maklumbalas: Arah Qiblat

Kandungan Maklumbalas: Assalamualaykum

Saya ingin menarik perhatian pihak Majlis Agama Islam Pulau Pinang kepada dapatan saya melalui applikasi Waktu Solat Malaysia dan Qibla Finder.

Dari semakan saya mendapati saf solat Masjid Kepala Gajah Simpang Ampat Pulau Pinang menghadap kedudukan 276°. Dari semakan saya arah Qiblat bagi Semenanjung Malaysia sepatutnya berada dalam lingkungan 291-292°.

Boleh pihak Majlis sahkan? Sekiranya telefon bimbit menyebabkan kekhilafan ini saya dahulukan mohon maaf.

 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  2/7/2020 1:18 PM  Assalamualaikum W.B.T

Tuan/Puan,

Dipanjangkan emel pertanyaan berkaitan arah kiblat untuk tindakan selanjutnya.



Sekian, terima kasih. 
 2/13/20 9:31 AM
4  Nurul Syahida

Tajuk Maklumbalas: Bantuan e-minhah

Kandungan Maklumbalas: Assalamualaikum, saya ingin bertanya bagaimana cara untuk mengetahui status permohonan bantuan e-minhah bagi pelajar ipt?

 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 2/17/2020 3:26 AM 
Assalamualaikum W.B.T
Puan boleh terus berhubung dengan Zakat Pulau Pinang 04 549 8088 untuk info yang lebih terperinci berkaitan bantuan tersebut.
Sekian terima kasih. 

 
 Zakat Pulau Pinang   2/17/20 1:09 PM
5 Ainun Hidayah Zainal Bahari

Tajuk Maklumbalas: isu pengurusan waqaf di peang

Kandungan Maklumbalas: ASSALAMUALAIKUM. nak tanya... apa isu yang timbul dalam pengagihan dan pengurusan waqf di Penang?klumbalas anda

 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 3/9/2020 1:40 PM
Assalamualaikum W.B.T
Tuan,
 
Dipanjangkan emel pertanyaan berkaitan wakaf ini untuk perhatian dan tindakan selanjutnya.
 
Sekian, terima kasih. 
Unit Pembangunan Hartanah dan Harta Wakaf 3/9/20 4:32 PM
6 Sarina binti Ab Shattar

Tajuk Maklumbalas: Penentuan jumlah jemaah untuk surau

Kandungan Maklumbalas: Assalamualaikum tuan,
Saya ingin mendapatkan kepastian SOP untuk jumlah jemaah yang boleh masuk ke surau pada satu-satu masa semasa PKPB.

Maklumbalas awal daripada pihak tuan amat dihargai.

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  6/4/20 2:16 PM

Puan,

Berdasarkan SOP yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi tempoh PKPB, hanya masjid yang dibenarkan dengan bil maksima 30 orang (surau belum dibenarkan kecuali surau Jumaat).  SOP bagi tempoh PKPP yang akan bermula pada 10 Jun 2020 belum diterima daripada pihak JAKIM. Di Pulau Pinang, SOP aktiviti masjid dan surau akan dikeluarkan dalam masa terdekat selepas mesyuarat  pada hari ini.

 Bagi surau Agensi, ianya adalah di bawah tanggungjawab Agensi berkenaan sendiri. Sekiranya ada keperluan untuk pegawai dan kakitangan solat, ianya tertakluk kepada SOP yang ditetapkan oleh pengurusan agensi masing-masing dengan mengambil kira langkah-langkah keselamatan dan pencegahan penularan wabak Covid-19 seperti penjarakan sosial, tidak berkumpul, tempoh masa yang singkat, face mask, check suhu, sedia hand sanitizer, rekodkan kehadiran pengguna, bawa sejadah dan telekung sendiri, pengudaraan yang baik dan lain-lain yang boleh ditetapkan oleh pihak pengurusan Agensi. 

Sekian, terima kasih.

Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang

6/9/20 10:29 AM
7 Norfarahin Abd Patah

Tajuk Maklumbalas: Penggunaan Surau Tidak Mengikut SOP

Kandungan Maklumbalas: Assalamualaikum,
Seperti dimaklumkan di atas, saya ingin mengadu tentang penggunaan Surau As Solihin beralamat di Lebuh Sungai Pinang 1, George Town, Pulau Pinang semasa waktu PKPP.

Pada 20/6/2020 dalam waktu Maghrib, saya dan rakan-rakan ingin menumpang untuk menunaikan solat Maghrib di surau berkenaan berikutan banyak surau dan masjid ditutup. Kami dihalang oleh seorang lelaki (AJK surau) untuk solat di surau berkenaan walaupun telah selesai mengambil wuduk. Kami mendapati terdapat ramai ahli jemaah sedang solat di ruangan solat di dalam bagi lelaki dan ruangan atas bagi perempuan. TIADA 'SOCIAL DISTANCING' semasa solat dan juga KANAK-KANAK turut berada di tempat berkenaan. AJK tersebut memaklumkan bahawa mereka telah ditegur dan diberi amaran beberapa kali oleh pihak polis kerana beroperasi.
Semasa kejadian, seorang lelaki bertanya untuk menumpang solat dan terus diberi kebenaran oleh AJK tersebut. Kami dihalau untuk solat di Masjid Al-Bukhary.
Persoalan saya di sini, adakah LELAKI SAHAJA dibenarkan solat? Ini kerana AJK tersebut menghalau kami dari ruangan solat tetapi menerima masuk seorang lelaki lain untuk solat. Lelaki berkenaan bukanlah dari kawasan penempatan berdekatan.
Persoalan kedua, Masjid Al-Bukhary sangat hampir dengan surau tersebut. Mengapa mereka masih beroperasi untuk solat? Dan mereka juga tidak mengikut SOP yang ditetapkan.

Terima kasih. Saya menanti maklum balas dari pihak tuan/puan

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 6/21/20 1:53 AM

Jabatan ini mengambil perhatian serius mengenai perkara diadukan dan kini dalam tindakan siasatan  lanjut pihak Pejabat Agama Daerah Timur Laut. Maklum balas aduan akan diberi sebaik sahaja laporan siasatan diterima daripada PADT.

 

Sekian, terima kasih.

Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang

6/23/20 3:38 PM
8 Nazifa

Tajuk Maklumbalas: Tempat menderma

Kandungan Maklumbalas: Saya nak bertanya, ada tak tempat saya boleh menderma perabot? Macam pusat tahfiz ke. Saya cari google tapi tak jumpa. Saya ada katil double decker 2, meja study besar 1 dan rak 1

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 7/5/20 8:48 AM
Assalamualaikum W.B.T

Puan boleh rujuk Bahagian Pendidikan di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP) 04 2637200 untuk maklumat yang lebih terperinci berkaitan pusat tahfiz. 
Sekian, terima kasih.  
 
Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang  7/6/20 1:09 PM
9 Penduduk

Tajuk Maklumbalas: Masjid Taman Seri Serdang

Kandungan Maklumbalas: Suara speaker Masjid Taman Seri Serdang telah menganggu keluarga saya yang mempunyai bayi berumur dua tahun dan juga kanak kanak berumur empat dan lapan tahun. Gangguan speaker terjadi pada solat subuh (jam 5-6pagi) dan ceramah malam (9-11malam), Kami berharap agar suara speaker dapat diturunkan. Untuk pengetahuan, kediaman kami adalah 400-500 meter dari masjid baru ini. Moga-moga JAIPP dapat menolong kami. Sekian terima kasih.

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  7/16/20 6:40 PM
Assalamualaikum
Untuk makluman, Pejabat Agama Daerah Seberang Perai Utara (Kepala Batas) telah menghubungi Ustaz Sayuti bin Ibrahim (Pengerusi Masjid Seri Serdang) pada 17/07/2020 dan telah menasihati pihak masjid supaya tidak menggunakan alat pembesar suara luar ketika ceramah atau kuliah dilangsungkan bertepatan dengan Irsyad Hukum yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang.
Sekian, terima kasih.  
 
Pejabat Agama Daerah Seberang Perai Utara (Kepala Batas)

7/21/20

9:35 AM 

10. Alan Tan

Tajuk Maklumbalas: Pertanyaan mengenai tahap bunyi siaran azan yang dibenarkan.

Kandungan Maklumbalas: Siaran azan daripada satu surau yang berhampiran dengan rumah saya didapati sangat kuat. Surau tersebut menggunakan beberapa pembesar suara untuk meningkatkan bunyi azan. Jadi, saya ingin mengetahui tahap bunyi azan yang dibenarkan di Pulau Pinang.

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

7/20/20 4:50 PM Tuan/Puan,
Merujuk pertanyaan tuan/puan tempoh hari berkaitan laungan azan, tiada ketetapan tahap bunyi yang standard ditentukan bagi penggunaan pembesar suara luar di masjid dan surau. Ia mengambil kira tahap penerimaan bunyi pada setiap individu adalah bersifat subjektif dan tempoh masa azan yang singkat, kira-kira 3 hingga 5 minit sahaja.
Sekian, terima kasih.

Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang

7/23/20 10:24 AM
11. Ahmad Azam Abdul Aziz

Tajuk Maklumbalas: Permohonan Doa dan Zikir yang sunnah waktu wabak

Kandungan Maklumbalas: Mohon dapatkan doa2 dan zikir2 yang mudah dan sunnah utk diamailkan oleh pekerja2 syarikat ketika berkerja utk terhindar dan dijauhkan dari wabak covid19 ini.

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 9/22/20 8:52 AM
Assalamualaikum W.B.T
Tuan,
Untuk dapatkan doa-doa serta zikir-zikir sedemikian, tuan boleh terus berhubung dengan Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang (04 263 2975) untuk info lanjut.
 Sekian, terima kasih.  
 
Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang 9/22/20 9:25 AM
12 Jauharah

Tajuk Maklumbalas: MEMERLUKAN SENARAI MASJID DI PULAU PINANG

Kandungan Maklumbalas: Assalamulaikum wbt.
Saya dari Zakat Pulau Pinang, memerlukan senarai 10 masjid tertua di Pulau Pinang mengikut usia masjid.

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 11/3/20 12:12 PM
Assalamualaikum W.B.T
Puan,
Untuk senarai tersebut, puan boleh terus berhubung dengan Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau, JHEAIPP 04 263 7200 untuk mendapatkan senarai masjid terkini.
Sekian, terima kasih. 
BahagianPengurusan Masjid dan Surau, JHEAIPP 11/5/20 12:39 PM
13 Mohd Ali Abdullah

Tajuk Maklumbalas: Solat Jumaat

Kandungan Maklumbalas: esok CMCO di MK 12 dari 6 Nov hingga 19 Nov.
boleh kah kami bersolat jumaat di masjid sungai tiram?
boleh kan maklumkan masjid2 yang terlibat?

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 11/5/20
7:50 AM
Assalamualaikum W.B.T
Tuan,
Untuk mengetahui status terkini berkaitan masjid, boleh terus berhubung dengan Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau di JHEAIPP (04 2637200) atau melalui laman sesawang www.jheaipp.gov.my
Sekian,terima kasih.  
 
BahagianPengurusan Masjid dan Surau, JHEAIPP 11/5/20 4:11 PM
14 Muhammad Izzuddin Syakir Ishak

Tajuk Maklumbalas: Prosedur Pembayaran Hutang Arwah kepada Penghutang yang tidak dapat dihubungi (gagal dijejaki)

Kandungan Maklumbalas: Assalamualaikum, Tuan/Puan,

Saya ingin memohon nasihat bagaimana saya ingin melangsaikan hutang arwah ayah saya yang tertunggak kepada penghutang yang kami gagal jejaki.

Adakah baitulmail mempunyai prosedur atau saluran untuk melunaskan hutang ini?
Terima kasih

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 11/18/20 9:28 AM
Assalamualaikum W.B.T
Tuan,
 Menjawab persoalan tersebut, tuan boleh terus walk in ke kaunter tingkat 9 Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan berurusan dengan pegawai-pegawai di sini. Terima kasih atas keprihatinan tuan atas isu ini.
Sekian.  
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang 11/18/20 10:15 AM