PT Sans | Reset
A A

Maklum balas MAINPP 2019

Bil  Nama  Pertanyaan  Emel  Tarikh & Masa Pertanyaan  Maklum balas  Jabatan  Tarikh Maklum balas 
1.   MUHAMMAD SHAFIQ

Pertanyaan berkaitan muat naik keputusan peperiksaan di laman web e-minhah

Kandungan Maklumbalas: Assalammualaikum,

Adakah pelajar masih perlu memuatnaik keputusan akhir semester di laman web e-minhah? Hal ini demikian kerana saya cuba memasuki laman web tersebut tetapi tidak wujud. Terdapat laman web yang lain ke untuk proses memuat naik keputusan kami?

Terima Kasih

 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  2/14/2019 4:42 PM
Waalaikumsalam W.B.T
Tuan,
Untuk pertanyaan lebih lanjut, boleh terus berhubung dengan BAHAGIAN PENDIDIKAN di JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG, JHEAIPP, 04 262 6817 

Sekian terima kasih.  
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang  2/15/19 10:50 AM
2. Hazeeq Hamzah

Tajuk Maklumbalas: Kes PPR Taman Manggis

Kandungan Maklumbalas: Assalamualaikum WBT, saya ingin bertanya adakah dikit sebak apabila melihat anak-anak yang masih bersekolah tiada rumah. Mohon maklumbalas daripada pihak tuan. Terima kasih.

:

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  3/7/2019 12:57 AM
Assalamualaikum W.B.T
Tuan,
Untuk makluman, kes tersebut di bawah seliaan Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan boleh terus merujuk ke bahagian berkenaan.
Sekian, terima kasih. 
Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang 3/7/19 5:16 PM
3. SYAZWAN FIKRY BIN ZULKIFLI

Tajuk Maklumbalas: kerja kosong

Kandungan Maklumbalas: Assalamualaikum, saya nak tanya ada tak kerja kosong saya berminat nak kerja

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 4/23/19 11:15 AM
Assalamualaikum w.b.t., 
Tuan,
Merujuk kepada pertanyaan tuan berkenaan kerja kosong, buat masa ini tiada sebarang kerja kosong ditawarkan di MAINPP. Tuan boleh menyemak iklan jawatan kosong di Laman Web MAINPP dari semasa ke semasa.
 
Sekian, terima kasih.
 
MAINPP 4/24/19 12:15 PM
 4.

shardeeda

Tajuk Maklumbalas: Kedai Menjual Makanan Di Waktu Tengahari Di Bulan Ramadhan

Kandungan Maklumbalas: Assalammualaikum>
Tuan saya hendak melaporkan bahawa kedai makan di kawasan pendaratan ikan di kawasan Penaga@KualaMuda sewenangnya menjuai makanan pada waktu tengahari di bulan Ramadhan ini.Harap pihak tuan dapat menyiasat perkara ini

 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 5/16/19 2:01 PM
Assalamualaikum w.b.t.,
Puan,
Terima kasih di atas aduan yang diterima pihak MAINPP. Saya telah memanjangkan aduan puan kepada pihak Bahagian Penguatkuasa JHEAIPP untuk tindakan selanjutnya. Jika terdapat sebarang pertanyaan atau aduan lanjut mengenainya, puan boleh hubungi  Hotline Penguatkuasa di talian : 013-4419300 / 019-4256917.
 
Sekian, terima kasih.
 Bahagian Penguatkuasa JHEAIPP  5/17/19 11:33 AM
5. Norlizaayuzah

Tajuk Maklumbalas: MEMOHON SAMPUL DUIT RAYA

Kandungan Maklumbalas: Tuan/Puan,
Saya merupakan pengumpul sampul duit raya dan berdaftar dengan Kelab Pengumpul Sampul Duit Raya. Saya dengan rendah diri ingin memohon sampul duit raya keluaran tahun 2019 agensi tuan/puan untuk dijadikan koleksi jika ada. Terima kasih kerana menyokong hobi saya.

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 6/3/19 9:50 AM
Assalamualaikum w.b.t.,
 
Puan,
 
Terima kasih di atas permohonan yang diajukan kepada pihak MAINPP. Walau bagaimanapun, untuk makluman puan, setakat ini pihak MAINPP belum pernah lagi mengeluarkan sampul duit raya. 
 
Sekian, terima kasih.
- 6/12/19 9:15 AM
6. Anisah

Tajuk Maklumbalas: Soalan

Kandungan Maklumbalas: Boleh sy tahu, bilakah tarikh permohonan bantuan pendidikan pengajian tinggi dibuka?

:

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 6/12/2019 8:48 PM
Assalamualaikum W.B.T
Untuk pertanyaan berkaitan pendidikan, Cik Anisah boleh terus berhubung dengan BAHAGIAN PENDIDIKAN di JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG, 04 262 6817 

Sekian, terima kasih. 
 
 Bahagian Pendidikan, JHEAIPP 6/25/19 11:02 AM
7

Nur Syahidah Nabila

Tajuk Maklumbalas: Proses Permohonan E-Minhah 2019

Kandungan Maklumbalas: Assalamualaikum, saya ingin bertanya bilakah permohonan bagi e-minhah 2019 akan dibuka?

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 7/27/2019 6:56 PM Assalamualaikum W.B.T

Untuk keterangan lanjut berkaitan sistem tersebut, boleh terus berhubung dengan Bahagian Pendidikan, JHEAIPP di talian 04 263 7200/ 262 6817.

Sekian, terima kasih.  
Bahagian Pendidikan, JHEAIPP 7/29/2019 2:55 PM
8. AZIZUL AZHAR MOHD YUSOP   

Tajuk Maklumbalas: Kursus Faraid dan Harta Pusaka

Kandungan Maklumbalas: Saya nak join kursus seperti diatas jika dibuat di Kuala Lumpur

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 9/2/2019 6:56 PM
Assalamualaikum W.B.T
Tuan,
Terima kasih atas minat tuan terhadap kursus tersebut namun demikian untuk makluman kursus tersebut anjuran Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan hanya diadakan di dalam negeri sahaja. Untuk sebarang maklumat dan info berkaitan kursus yang tuan minati  boleh  juga berhubung dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur di talian 03- 4047 9444.
Sekian, terima kasih.
   9/3/2019 10:26 AM
9 Muhamad Syahmi Bin Muhamad Fauzee

Tajuk Maklumbalas: Bantuan pelajaran E-minhah

Kandungan Maklumbalas: Assalamualaikum...adakah bantuan belajar E- minhah telah dibuka? Atau perlu mengambil borang di pejabat agama islam?

:

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 9/17/2019 5:38 PM
Waalaikumsalam W.B.T

Untuk makluman, sistem tersebut di bawah seliaan Bahagian Pendidikan , Jabatan Hal Ehwal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Saudara boleh terus berhubung dengan bahagian berkenaan di talian 04 263 7200 untuk mengetahui status terkini.
Sekian, terima kasih. 
Bahagian Pendidikan , Jabatan Hal Ehwal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang 9/18/19 9:14 AM
10 Ustaz Mohd Akmal

Tajuk Maklumbalas: Mohon Kebenaran Untuk Membuka Kelas Agama

Kandungan Maklumbalas: Assalamualaikum.....saya ingin bertanya, jika saya ingin membuka kelas Agama dan mempunyai premis...perlukah saya memohon kebenaran MAIPP atau adakah borang yg perlu saya isi dan jika ada borang di mana utk saya dapatkan borang tersebut.

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  9/26/2019 11:59 AM Waalaikumsalam

Tuan boleh berhubung terus dengan Bahagian Dakwah, di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang di talian 04 263 7200 untuk info lanjut.

Sekian, terima kasih. 
Bahagian Dakwah, di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang 9/26/19 5:57 PM
11. Mohamad Salim Bin Abdul Wahab

Tajuk Maklumbalas: projek wakat setee aishah 2

Kandungan Maklumbalas: asalam adakah projek rumah kedai dibina...jika ada bagaimana cara utk membeli serta berapa harga yang dijangka

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 10/4/2019 3:02 PM
Assalamualaikum W.B.T
Tuan,
Berkaitan dengan projek rumah kedai tersebut, tuan boleh terus berurusan dengan:

UDA Land North Sdn Bhd
1961, Jalan Bertam, Seberang Perai,
13200, Kepala Batas, Pulau Pinang
04 -575 5566
  10/7/19 4:11 PM
12.  Siti ayshah

Tajuk Maklumbalas: Pertanyaan : Prosedur khawin

Kandungan Maklumbalas: Sekiranya kehilangan surat cerai (ibu dan ayah) dan prosedur untuk dpatkan salinan surat cerai tersebut adalah 14hari bekerja.. Namun, diberikan resit sebagai bukti apabila datang untuk buat collect surat tersebut. Boleh ke resit tersebut dijadikan lampiran apabila mengemukakan borang permohonan kahwin?..

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 10/22/2019 8:35 PM
Assalamualaikum W.B.T
Puan,

Untuk urusan tersebut, puan boleh terus merujuk Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang  04 263 7200 untuk maklumat lanjut. 
  
Sekian, terima kasih. 
Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang 10/23/19 10:39 AM
13 Nor Athirah

Tajuk Maklumbalas: Internship di Sekolah Rendah Islam

Kandungan Maklumbalas: Bolehkah pelajar degree kos b.arab nak buat praktikal di Sekolah Rendah islam? Bagaimana cara untuk memohon dan apakah dokumen yang diperlukan?

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 11/8/2019 3:23 PM
Assalamualaikum W.B.T
Puan,
Untuk urusan sedemikian, puan boleh terus berhubung dengan Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP), 04 2637200 untuk info lebih lanjut.
 
Sekian, terima kasih
Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang 11/11/19 3:49 PM
14 Nur Diyana binti Zainol Abidin

Tajuk Maklumbalas: pertanyaan mengenai bantuan pendidikan (laman sesawang e'minhah)

Kandungan Maklumbalas: Assalamualaikum kepada pihak tuan.
saya ingin bertanya mengenai bantuan pendidikan. seperti sedia maklum laman sesawang e-minhah sudah tiada. saya juga telah beberapa kali pergi ke pejabat dan bertanya kepada staf disana mengenai hal ini serta cara untuk memohon bantuan tetapi jawapan yang saya dapat adalah saya harus menunggu sehingga laman sesawang itu dibuka semula. drhujung tahun 2018 dan pertengahan tahun 2019 juga masih jawapan yang sama diberikan. oleh itu, jika betul bantuan tersebut telah dilupuskan mohon di war warkan kepada kami.

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 11/11/2019 6:18 PM
Assalamualaikum W.B.T
Puan,

Untuk makluman, urusan berkaitan pinjaman pendidikan telah dikendalikan oleh Zakat Pulau Pinang dan boleh terus berhubung di talian 04 549 8088.

Sekian, terima kasih. 
Zakat Pulau Pinang 11/13/19 9:44 AM
15 Azila binti Ahmad Sarkawi

 

Tajuk Maklumbalas: prosedur mewakafkan tanah di Pulau Pinang

Kandungan Maklumbalas: Saya berhasrat untuk mendapatkan prosedur mewakafkan tanah yang diamalkan di Pulau Pinang, borang yang perlu diisi dan dokumen/ maklumat yang perlu dilampirkan.

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 11/13/2019 5:04 AM 
Assalamualaikum W.B.T

Puan,
Merujuk kepada emel sebelum ini, ingin dimaklumkan bahawa Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) kini adalah tertakluk kepada Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010 (Enakmen 16). Sehubungan itu, untuk mendapatkan sebarang maklumat daripada MAINPP, puan perlu mengisi borang yang disertakan dan dikembalikan borang yang telah diisi ke pentadbiran ini untuk tindakan selanjutnya.

Sebagai makluman, permohonan maklumat berkaitan MAINPP bagi tahun semasa dikenakan bayaran RM50.00, manakala bagi permohonan maklumat bagi tahun-tahun sebelumnya adalah dikenakan bayaran RM100.00. Sekiranya pihak puan memerlukan salinan dokumen yang berkaitan, caj yang dikenakan adalah RM1.00 bagi cetakan sekeping dokumen.
Sekian, terima kasih.
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang  11/13/2019 12:55 PM 
16 Mohamad Rizal Bin Omar

Tajuk Maklumbalas: Pertanyaan bagi Menjalankan Program Simposium (Tajuk Aqidah ASWJ)

Kandungan Maklumbalas: Salam, saya ingin bertanya bagi menjalankan program simposium yang menggunakan dewan awam (cth: Dewan masyarakat Penyayang) bagi tajuk bersifat keagamaan (aqidah dsbnya) adakah memerlukan sebarang permit atau kelulusan dari Majlis / Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Sekian.

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 11/15/2019 3:11 PM
Assalamualaikum W.B.T Ustazah,
Dipanjangkan emel ini untuk perhatian dan tindakan selanjutnya. 
Sekian, terima kasih.  
--------------------------------------------------
Waalaikumussalam
Perkara di atas dengan segala hormatnya dirujuk. Untuk semua program agama yang ingin dijalankan di Negeri Pulau Pinang adalah lebih baik jika sekiranya pihak penganjur mengisi borang permohonan untuk menjadi penganjur bagi  program tersebut. 
Borang tersebut boleh didapati di ibu pejabat JHEAIPP Lebuh Pantai atau di semua Pejabat Agama Daerah di Pulau Pinang.
Kertjasama dan perhatian diucapkan terima kasih.
 Sekian.
 
 
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang 11/15/19 4:39 PM
17 Muhammad Isa Abdullah

Tajuk Maklumbalas: mohon siasat remaja berkhalwat dalam gelap

Kandungan Maklumbalas: Assalammualaikum,
saya ingin membuat laporan tentang ramai remaja umur belasan tahun berpasangan di lokasi bawah jejambat jambatan pulau pinang 1, gelugor.
Mereka berpasangan dalam gelap seawal waktu 8 malam, mohon pihak berkuasa ambil tindakkan sewajarnya pekara ini

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 12/4/2019 9:32 PM
Assalamualaikum W.B.T
Tuan,
Terima kasih atas keprihatinan tuan. Untuk aduan sedemikian, boleh berhubung dengan BAH. PENGUATKUASA, JHEAIPP di talian 019-425 6917 & 013-441 9300. 
Sekian, terima kasih.
Bahagian Penguatkuasa, JHEAIPP 12/5/19 4:41 PM
18 Hanim Suraya Binti Mohd Mokhtar

 

Tajuk Maklumbalas: Cara Penghantaran Borang Permohonan E-Minhah

Kandungan Maklumbalas: Assalammualaikum, saya ingin bertanya tentang cara penghantaran borang permohonan e-minhah. Adakah melalui pos ataupun secara terus ke ibu pejabat?

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 12/20/2019 5:36 PM
Assalamualaikum
Untuk pertanyaan berkaitan e-minhah, sila terus kemukakan ke ZAKAT PULAU PINANG, 04 5498088 untuk pertanyaan lanjut.

Sebagai makluman, bantuan pendidikan dikendalikan sepenuhnya oleh ZAKAT PULAU PINANG.
Sekian terima kasih.  
Zakat Pulau Pinang 12/24/19 1:54 PM
19 Sofea

Tajuk Maklumbalas: telah emngsi bantuan IPT di eMinhah

Kandungan Maklumbalas: tetapi belum mencetak borang borang yang diperlukan. Sekarang laman web itu telah ditutup. Apa yang saya perlu lakukan?

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 12/25/2019 3:25 PM
Assalamualaikum W.B.T
Puan,

Untuk makluman bantuan pendidikan telah dikendalikan sepenuhnya oleh ZAKAT PULAU PINANG (ZPP) dan puan boleh terus berhubung dengan ZPP (04 5498088)
Sekian terima kasih.  
Zakat Pulau Pinang 12/26/19 4:33 PM
20 Nur Syahirah
Permohonan e-minhah
Assalamualaikum, saya telah memohon bantuan eminhah sebelum tamat tarikh permohonan, tetapi tidak sempat mencetak borang. Apa perlu saya buat?
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 12/26/2019 11:37 AM
Assalamualaikum
Sila terus berhubung dengan ZAKAT PULAU PINANG, 04 549 8088 untuk mengetahui status terkini.
Untuk makluman, segala urusan bantuan pendidikan dikendalikan sepenuhnya oleh ZAKAT PULAU PINANG.
Sekian, terima kasih.  
Zakat Pulau Pinang
12/27/19 10:00 AM
21 Muhamad Firdaus Bin Che Seman

 

Tajuk Maklumbalas: Penutupan Masjid Batu Feringghi selepas waktu Isya

Kandungan Maklumbalas: Assalamulaikum wbt.

Saya ingin mendapatkan pengesahan dari pihak MAINPP berkenaan Masjid Batu Feringghi yang ditutup selepas waktu Isya. Saya kecewa dengan pihak AJK Masjid Batu Feringghi yang telah menutup dan mengunci ruang untuk solat dan wuduk pada jam 9.30 malam pada 20/12/2019.
Perkara ini sepatutnya tidak berlaku kerana ramai pengunjung dan orang Islam yang hendak bersolat di Masjid tersebut. Sepatutnya ruang untuk mengambil wuduk dan solat di buka terus-menerus tanpa perlu dikunci. Masjid adalah rumah ALLAH SWT dan bukannya hak makhluk untuk menutup pintu dan pagar. Pihak Masjid boleh saja menugaskan siak atau AJK yang lain untuk menjaga dan memastikan penggunaan ruang solat dan wuduk di gunakan dengan sebenarnya bukannya dengan menutup dan mengunci pintu Masjid untuk mengambil mudah tugas yang diamanahkan. Mohon pihak MAINPP mengambil maklum dan tindakan yang wajar bagi membuka semula kawasan ruang solat dan wuduk.
Sekian, wassalam.

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 12/30/2019 3:25 PM
Assalamualaikum W.B.T
Ustazah,
Dipanjangkan emel ini untuk perhatian dan tindakan selanjutnya.
  
Sekian, terima kasih
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang 12/31/19 12:15 PM
22 Ahmad Fauzi Bin Abdul Sattar

Tajuk Maklumbalas: Mohon Bantuan kewangan bagi keluarga daif

Kandungan Maklumbalas: Assalamualaikum, saya ingin bertanya adakah MAINPP ada menyalurkan bantuan kewangan berupa one off bagi keluarga daif yang sangat-sangat memerlukan? Jika ya bagaimana untuk memohon. Saya mengenali individu yang didalam kesempitan yang teramat sangat dan sangat-sangat memerlukan bantuan kewangan bagi membaiki kerosakan pendawaian elektrik dikediaman beliau. untuk pengetahuan pihak MAINPP beliau dan keluarga sudah tinggal dalam keadaan bergelap selama 8 bulan. saya sangat sayu mendengar luahan beliau jesteru saya memohon pihak MAINPP pergi menyiasat dan menghulurkan bantuan sekiranya terbukti beliau memerlukan. Harap MAINPP dapat membantu.

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 12/30/2019 9:55 AM
Assalamualaikum W.B.T
Tuan/Puan,

Dipanjangkan emel ini untuk perhatian dan tindakan selanjutnya.
 
Sekian, terima kasih. 
Zakat Pulau Pinang 12/31/19 12:17 PM