Bil. | Nama | Pertanyaan | Emel | Tarikh Pertanyaan | Maklumbalas | Jabatan | Tarikh Maklumbalas |
1 | Nurliyana Majid |
Tajuk Maklumbalas: Pertanyaan Mengenai Biasiswa Pendidikan Kandungan Maklumbalas: Assalamualaikum, Mengharapkan balasan anda. Terima Kasih |
Tuesday, January 10, 2017, 4.11PM |
Puan,
Untuk keterangan lanjut sila berhubung dengan Bahagian Pendidikan JHEIAPP di talian 04 262 6817 Terima kasih.
|
Bahagian Pendidikan JHEIAPP | 17/01/2017 | |
2 | Nur Safwan bin Ahmad |
Tajuk Maklumbalas: KUTIPAN DERMA YANG MERAGUKAN DI TEMPAT ORANG AWAM Kandungan Maklumbalas: Salam, saya ingin mengadukan mengenai aktiviti kutipan derma yang semakin aktif dijalankan di kawasan terbuka di Sungai Dua (kawasan Restoran Nasi kandar Pelita), Gelugor, Pulau Pinang. Saya selalu perhatikan, golongan mereka yang mengutip derma silih berganti, tetapi tujuan sumbangan adalah pada tempat yang sama di Rumah Anakanak Yatim di yan, Kedah. Pada mulanya mereka menjual madu dengan harga RM50.00. Sekiranya tidak ingin membeli boleh menderma, apabila diminta surat kuasa atau surat kebenaran meminta derma, mereka tiada. Resit derma juga tiada. Saya risau sekiranya aktiviti ini dibiarkan berterusan, salah guna wang demi kepentingan individu tertentu atau kemungkinan wang ini disalurkan kepada ajaran yang sesat. Diminta pihak tuan/puan siasat perkara ini dengan SEGERA memandangkan aktiviti ini boleh dikatakan setiap hari berlaku pada waktu petang jam 05.00pm-07.30pm dan sebelah malam 10.00pm-12.00pm. Saya kerap melihat mereka di Restoran Nasi Kandar Pelita Sungai Dua, USM dan warung-warung tomyam di sekitarnya. Saya sedia memberikan kerjasama dalam membanteras aktiviti ini. Tuan/Puan boleh hubungi saya di talian 017-4586215.
|
Friday, January 20, 2017 11:19 PM |
Dipanjangkan emel ini untuk perhatian dan tindakan pihak puan.
|
Bahagian Penguatkuasaan, |
Tuesday, |
|
3 |
Nor Jihan |
Tajuk Maklumbalas: pertanyaan mengenai bantuan pendidikan pelajar UITM Kandungan Maklumbalas: Assalamualaikum..... Saya ingin bertanya mengenai bantuan permulaan pendidikan bagi pelajar UITM. Anak saya baru mendaftar di UITM Jasi pada sesi disember 2016. bagaimana saya ingin memohon bantuan ini.. |
Thursday, February 2, 2017 12.55 PM |
Salam Sejahtera,
Puan,
Untuk bantuan pendidikan, boleh berhubung dengan Bahagian Pendidikan JHEAIPP di talian 04 2637200. |
Bahagian Pendidikan JHEAIPP | Friday, February 3, 2017 3.54PM | |
4 | zaiton idris |
Tajuk Maklumbalas: bantuan pendidikan Kandungan Maklumbalas: Assalamualaikum..tuan |
|
Friday, February 10, 2017 | Puan,
Untuk menjawab persoalan tersebut, puan boleh berhubung terus dengan Bah.Pendidikan JHEAIPP di talian 04 263 7200.
Sekian, terima kasih.
|
Bahagian Pendidikan JHEAIPP | Friday, February 10, 2017 |
5 | Nurmiza Ismail |
Tajuk Maklumbalas: Pertanyaan berkaitan Sijil Kursus Perkahwinan yg hilang Kandungan Maklumbalas: Assalamualaikum, Tuan/Puan. Merujuk kepada tajuk di atas, saya ingin mengetahui jika saya boleh mendapatkan kembali sijik kursus perkahwinanan saya yang hilang. Adakah ada apa2 pautan atau direktori link yang boleh saya gunakan untuk mendapatkan kembali sijil tersebut atau saya mesti ke pejabat agama (mana2 bahagian di dalam Pulau Pinang) untuk mencetaknya kembali? Mohon pencerahan. Terima kasih. regards, |
Nurmiza Ismail | Saturday, February 18, 2017 9:44 AM |
Salam Sejahtera,
Puan,
Merujuk kepada persoalan tersebut, puan boleh berurusan terus dengan Bah. Undang-Undang Keluarga Islam, JHEAIPP di talian 04 262 6814.
|
Bah. Undang-Undang Keluarga Islam, JHEAIPP | Mon 2/20/2017 9:28 AM |
6 | NUR'AQEELAH BINTI ABUL HALIM |
Tajuk Maklumbalas: permohonan bantuan belajar ipta Kandungan Maklumbalas: bagaimana saya ingin memohon bantuan belajar untuk tahun 2017 |
|
Wednesday, February 22, 2017 11:15 PM | Assalamualaikum W.B.T
Untuk bantuan pelajaran, boleh terus berhubung dengan BAH.PENDIDIKAN JHEAIPP di talian 04 262 6817.
Sekian, terima kasih.
|
BAH.PENDIDIKAN JHEAIPP | Tue 2/28/2017 9:12 AM |
7 |
Saadoun Hammadi Bin Mohd Rafee
|
Tajuk Maklumbalas: Permohonan bantuan Biasiswa Kandungan Maklumbalas: Salam, Pihal MAIPP ada penyediankan bantuan biasiswa untuk pelajar IPTA. |
|
Thursday, February 23, 2017 1:07 PM | Assalamualaikum W.B.T
Untuk makluman, pihak MAINPP tidak menyediakan sebarang bantuan untuk pelajar IPTA namun demikian En. Saadoun boleh terus berhubung dengan BAH.PENDIDIKAN JHEAIPP di talian 04 262 6817
Sekian, terima kasih.
|
BAH.PENDIDIKAN JHEAIPP | Tue 2/28/2017 9:32 AM |
8 | MOHD YAZID HADZRIM BIN IBRAHIM |
Tajuk Maklumbalas: Permohonan wakaf perabot untuk kelas pengajaran al-quran Kandungan Maklumbalas: Assalamualaikum, : |
Mon 2/27/2017 3:12 PM |
Assalamualaikum wbt
Dengan hormatnya saya merujuk kepada email tuan bertarikh 27 Februari 2016.
2. Dimaklumkan permohonan tuan seperti perkara di atas kini dalam perhatian MAINPP. Walau bagaimanapun,
pihak tuan dipohon untuk mengemukakan maklumat berikut untuk tujuan petimbangan selanjutnya:
i. No pendaftaran dengan Bahagian Pendidikan JHEIPP (jika ada)
ii. Alamat penuh kelas
iii. Bilangan pelajar
iv. Tauliah mengajar
v. Lain-lain maklumat berkaitan kelas yang akan dibuka
Sekian, terima kasih.
|
MAINPP | Tuesday, February 28, 2017 2:28 PM | |
9 | Nurmiza Ismail |
Tajuk Maklumbalas: Kelas Agama Untuk Lelaki Dewasa Kandungan Maklumbalas: Assalamualaikum Tuan/Puan, Saya sedang mencari kelas agama untuk lelaki dewasa. Adik lelaki saya berumur 21 tahun berhajat ingin mempelajari agama seperti kelas KAFA, fardhu ain, kifayah, Al-Quran. Basic nya ada tapi sangat lemah. Dia bersedia masuk asrama jika Tuan/Puan ada menyediakan asrama untuk tujuan itu. Jika ada, mohon hubungi saya, kerana kami ingin mengetahui bayaran yuran yang di kenakan dan kelas yang bakal di pelajari. Saya ada membaca tentang Madrasah Miftahul Irfan. Kami (saya, adik dan ibu) sangat berbesar hati jika adik lelaki saya boleh memasuki madrasah tersebut untuk tujuan pembelajaran ini. Terima kasih Tuan/Puan. regards, |
Saturday, February 25, 2017 9:34 PM |
Assalamualaikum wbt
Dengan hormatnya saya merujuk email tuan bertarikh 25 Februari 2017.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Madrasah Miftahul Irfan, Sg. Rusa, Balik Pulau, pihak tuan boleh menghubungi pentadbiran sekolah berkenaan di no telefon seperti berikut:
Madrasah 04-4423221
Ustaz Shamsudeen 012-4429176
Ustaz Osman 017-4045428
Ustaz Hafiz 011- 2423 1802
Sekian, terima kasih.
|
Unit Dana Wakaf, MAINPP | Tuesday, February 28, 2017 2:18 PM | |
10 | Ahmad Harith Izzuddin bin Ismail |
Tajuk Maklumbalas: Permohonan Kerja Kosong Kandungan Maklumbalas: Assalamualaikum wbt, saya Ahmad Harith Izzuddin bin Ismail dari Tasek Gelugor, Pulau Pinang, berkelulusan diploma Syariah elektif undang-undang dari Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang. Saya nak tanya, ada ak sebarang jawatan kosong yang ditawarkan oleh MAINPPsekarang? |
Tuesday, April 25, 2017 4:28 PM |
Salam Sejahtera,
Tuan,
Buat masa ini, masih belum ada lagi kekosongan jawatan di Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP). Sekiranya ada, iklan jawatan kosong akan dipaparkan di laman sesawang MAINPP.
Sekian, terima kasih.
|
MAINPP | Wed 4/26/2017 11:45 AM | |
11 | Hishamuddin Shah |
Tajuk Maklumbalas: Mohon Pengesahan artikel berikut Kandungan Maklumbalas: FATWA NEGERI PULAU PINANG 2012 FATWA BAGI MENGHALANG PEMBID'AHAN DAN PENGHINAAN KPD AMALAN - AMALAN AHLI SUNNAH WAL JAMA'AH Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil.2/2012 Tarikh : 29 Mac 2012 / 6 Jamadilawwal 1433. Keputusan Mesyuarat adalah seperti berikut : 1. Mesyuarat bersetuju untuk pengeluaran fatwa bagi menghalang pembid'ahan dan penghinaan kepada amalan -amalan Ahli sunnah wal Jama'ah. 2. Amalan -amalan tersebut merupakan amalan ahli sunnah wal Jama'ah yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi termasuk dalam perkara khilafiyyah di sisi ulama dan fuqaha dan seharusnya semua pihak berlapang dada. 3. Amalan - amalan ini juga boleh menyuburkan rasa cinta kepada Allah, Rasulullah SAW, Al-Quran, Sunnah, kebaikan serta perpaduan dalam masyarakat. 4. Amalan -amalan tersebut adalah : a) Membaca Talqin. b) Membaca Al-Quran di atas kubur. c) Majlis Tahlil. d) Kenduri Arwah. e) Amalan menghadiahkan pahala kepada si mati melalui bacaan Al-Quran, jamuan makanan dan sebagainya. f) Qunut Subuh. g) Bacaan doa dan diaminkan oleh para jemaah secara beramai ramai sama ada selepas solat atau di lain -lain waktu dan upacara. h) Tawassul. I) Berzikir secara beramai ramai. j) Membaca Surah Yasin beramai ramai pada malam Jumaat atau pada mana-mana majlis upacara sambutan hari-hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maal Hijrah, Doa Tahun Baru, Sambutan Maulidur Rasul dan Sambutan Isra' Mikraj. K) Solat Tarawih 20 rakaat. L) Sembahyang hajat secara berjemaah. M) Menyapu muka selepas memberi salam. N) Dua kali azan pada hari Jumaat. O) Melafazkan niat dalam ibadah. 5. OLEH ITU, mana-mana orang Islam atau kumpulan adalah dilarang :- A) Membid'ahkan atau; B) Menghina atau; C) Memperlekeh sama ada dengan perkataan, perbuatan, penulisan atau apa-apa tindakan yang membawa maksud yang seumpama dengannya atau D) Mengajar, menyiar, menyebar, menghebah dan mendedahkan dengan apa-apa cara sekalipun. |
Friday, April 21, 2017 8:59 AM |
Salam Sejahtera,
Tuan,
Untuk keterangan dan info yang lebih terperinci, boleh terus berhubung dengan JABATAN MUFTI NEGERI PULAU PINANG di talian 04 263 2975/ 2630634.
Sekian, terima kasih.
|
JABATAN MUFTI NEGERI PULAU PINANG | Wednesday, April 26, 2017 3:00 PM | |
12 | Sharina Elisa |
Tajuk Maklumbalas: Bolehkah bunian mengahwini manusia? Kandungan Maklumbalas: Assalamualaikum. saya sharina elisa, penulis novel. saya ingin bertanya, bolehkah saya menulis perihal seorang manusia mengahwini bunian? terima kasih. |
Wednesday, May 3, 2017 3:42 PM |
Salam Sejahtera,
Tuan,
Dipanjangkan emel ini untuk perhatian dan tindakan pihak tuan.
|
JABATAN MUFTI NEGERI PULAU PINANG | Wednesday, May 3, 2017 4:50 PM | |
13 | Suhaila |
Tajuk Maklumbalas: Pembayaran secara Internet banking Kandungan Maklumbalas: as slm... sy ingin brtanyakan adakah boleh untuk sy mmbuat pembayaran sewaan tanah wakaf bg kediaman secara internet banking? Bagaimana? dan bagaimana untuk sy mnyemak baki hutang sewaan semasa? : |
May 15, 2017 11:53 AM | Dipanjangkan emel ini untuk perhatian dan tindakan pihak tuan/puan. | Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang | Monday, May 22, 2017 12:00 PM | |
14 | Mohd Syadli |
Tajuk Maklumbalas: aduan premis makanan islam Kandungan Maklumbalas: saya ingin bertanyakan boleh kah premis makanan islam menjual di waktu tengahari.. semasa saya melalui beberapa kali di hadapan kedai cargas cafe bayan lepas ramai pelanggan melayu@islam lelaki muda datang membeli waktu 11.50pg. mereka membeli bungkusan yang mana nasi bercampur lauk bukan berasingan. ini menggalakan ramai orang islam untuk tidak berpuasa. adakah pihak jaipp akan mengambil tindakan yang sewajarnya atau tidak(tomahan) |
6/15/2017 5:37 PM |
Dipanjangkan emel aduan ini untuk perhatian dan tindakan pihak puan.
Sekian, terima kasih.
|
Jabatan Hal Ehwal Agama Pulau Pinang | 6/16/17 8:02 AM | |
15 | Faizul Izwan |
Tajuk Maklumbalas: Jawatan Kosong Kandungan Maklumbalas: Assalamualaikum, say Faizul. Boleh saya tahu, adakah masih ada kekosongan dalam apa2 sahaja jawatan bagi perempuan. Isteri saya merupakan lepasan ijazah sarjana muda usuluddin dengan kepujian dan masih belum bekerja. Bolehkah saya tahu bagaimana untuk memohon jawatan dalam MAINPP ? Saya dan isteri sekarang menetap di sungai ara |
|
7/26/2017 7:35 PM |
Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera,
Tuan,
Terima kasih atas emel yang diberikan. Untuk makluman tuan, jawatan kosong MAINPP akan diiklankan dalam laman sesawang MAINPP iaitu www.mainpp.gov.my dan setakat ini kekosongan jawatan masih tiada. Sehubungan itu, tuan boleh mengunjungi laman sesawang seperti yang dinyatakan tersebut.
Sekian, harap maklum. Terima kasih.
|
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang |
7/27/17 1:01 PM
|
16 | Hisyam Husain |
Tajuk Maklumbalas: Mencari Peluang Pekerjaan Kandungan Maklumbalas: Assalamualaikum. Jika saya ingin mencari peluang pekerjaan bersama MAINPP, bagaimanakan caranya? Saya amat berminat ingin bekerja di dalam bidang berkaitan agama Islam. Terima kasih. |
|
7/31/2017 4:23 AM | Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera,
Tuan, Terima kasih atas emel yang diberikan. Untuk makluman tuan, jawatan kosong MAINPP akan diiklankan dalam laman sesawang MAINPP iaitu www.mainpp.gov.my dan setakat ini kekosongan jawatan masih tiada. Sehubungan itu, tuan boleh mengunjungi laman sesawang seperti yang dinyatakan tersebut.
|
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang | 7/31/17 10:26 AM |
17 | Muhammad Afiq Danial |
Tajuk Maklumbalas: Pertanyaan biasiswa Kandungan Maklumbalas: Bagaimana memohon biasiswa majlis agama islam pulau pinang bagi pelajar kitab? |
7/31/2017 1:25 PM |
Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera,
Tuan,
Untuk makluman, MAINPP tidak menyediakan sebarang bantuan pelajaran namun demikian tuan boleh berhubung dengan Bah.Pendidikan JHEAIPP di talian 04 2637200 atau Zakat Pulau Pinang 04 5498088 untuk maklumat yang lebih terperinci.
|
Bahagian Pendidikan JHEAIPP & Zakat Pulau Pinang | 7/31/17 2:15 PM | |
18 | Mohammad Fauzul A'zim |
Tajuk Maklumbalas: Soalan mengenai Bantuan Pendidikan IPT Kandungan Maklumbalas: Assalammualaikum..saya ingin bertanya mengenai status Bantuan Pendidikan IPT yang saya terima tahun lepas, setelah saya tersalah hantar keputusan peperiksaan ke Pejabat Zakat Perda...apakah langkah yang perlu saya lakukan setelah baru menyedari kesilapan ini untuk melayakkan saya menerima semula bantuan? |
8/24/17 |
Assalamualaikum W.B.T
Tuan,
Untuk menjawab status bantuan tersebut, tuan boleh berhubung dengan BAH. PENDIDIKAN JHEAIPP di talian 04 263 7200.
Sekian, terima kasih.
|
Bahagian Pendidikan JHEAIPP | 8/25/17 11:19 AM | |
19 | Nurul Asyila Binti Mohd Yazed |
Tajuk Maklumbalas: Pertanyaan mengenai bantuan pendidikan bagi kemasukan ke IPTA Kandungan Maklumbalas: Assalamualaikum, boleh saya tahu adakah disediakan bantuan untuk pendidikan atau pinjaman pendidikan bagi anak kelahiran Pulau Pinang yang ingin menyambung pelajaran ke IPTA? |
9/10/2017 4:59 PM |
Assalamualaikum W.B.T
Cik Asyila,
Untuk makluman, pihak MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG (MAINPP) tidak menyediakan sebarang bantuan atau pinjaman pendidkan namun
cik Asyila boleh berhubung terus dengan BAH. PENDIDIKAN JHEAIPP 04 2637200 untuk maklumat lanjut.
Sekian, terima kasih.
|
BAH. PENDIDIKAN JHEAIPP | 9/11/17 9:03 AM | |
20 | Suhaila |
Tajuk Maklumbalas: Kursus Haji & Umrah Kandungan Maklumbalas: Tuan/Puan, : |
10/10/2017 3:53 PM |
Assalamualaikum W.B.T
Puan,
Untuk makluman, jadual kursus tersebut disediakan oleh pihak masjid-masjid dan bukan disediakan oleh pihak Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pulau Pinang (JHEAIPP).
Sekian, terima kasih.
|
- | 10/11/17 11:33 AM | |
21 | MOHAMAD NUR AMIN BIN KASAN |
Tajuk Maklumbalas: MEMOTONG RUMPUT DAN MEMBERSIHKAN TANAH WAKAF MILIK MAINPP Kandungan Maklumbalas: Dimaklumkan bahawa keadaan kawasan lapang yang dirizabkan sebagai tapak surau bersebelahan Mutiara Idaman 2 Jelutong Pulau Pinang ketika ini telah dipenuhi dengan semak samun dan rumput yang semakin meninggi. Keadaan ini dikuatiri boleh mengundang bahaya kepada para penduduk terutamanya ancaman haiwan berbisa seperti ular dan sebagainya. Disamping itu, ia turut mencacatkan pemandangan kerana terletak di persimpangan jalan utama. Dipohon jasa baik dan budi bicara pihak tuan untuk memotong rumput dan seterusnya membersihkan kawasan berkenaan bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini pada masa hadapan. Perhatian dan kerjasama pihak tuan amatlah diharapkan dan didahului jutaan terima kasih. |
10/26/2017 2:52 PM |
Assalamualaikum W.B.T
Tuan,
Untuk makluman, kerja-kerja pembersihan telah dibuat pada bulan September yang lalu secara berkala. Pihak MAINPP dalam perancangan untuk kerja-kerja membersih serta meletak batu baur dan memasang pagar di atas lot tersebut.
Sekian, terima kasih.
|
Unit Pembangunan Hartanah dan Harta Wakaf | 11/8/17 10:51 AM | |
22. | noorhayati binti zainul abidin |
Tajuk Maklumbalas: fidyah Kandungan Maklumbalas: assalamualaikum, saya ingin tahu pengiraan fidyah bagi orang yg telah meninggal. |
11/14/2017 10:20 AM | Assalamualaikum W.B.T
Puan,
Untuk makluman, pengiraan fidyah boleh dirujuk terus ke Zakat Pulau Pinang. Nombor yang boleh dihubungi adalah seperti berikut:
04 594 8088
Sekian, terima kasih.
|
Zakat Pulau Pinang | 11/14/17 2:30 PM | |
23. | shafiyah iqlima bt mohd |
Tajuk Maklumbalas: fatwa istibdal waqf utnuk sekolah agama al-mashoor 1974 Kandungan Maklumbalas: saya ingin mengetahui fatwa istibdal waqaf pulau pinang yang digunakan semasa berlakunya istibdal waqaf bagi sekolah agama almashoor dengan bangunan komtar serta mufti yang bertangungjawab untuk pertukaran waqaf tersebut. terima kasih |
11/20/17 4:04 PM |
Assalamualaikum W.B.T
Puan,
Untuk maklumat terperinci berkaitan fatwa tersebut, puan boleh berhubung dengan Pegawai Tadbir, Haji Fakhruddin bin Abd. Rahman, Unit Pembangunan Hartanah dan Harta Wakaf 04 2260 305.
Sekian, terima kasih.
|
Unit Pembangunan Hartanah dan Harta Wakaf , MAINPP | 11/20/17 4:39 PM |
|
24. | mohd syaifurizwan abdul aziz |
Tajuk Maklumbalas: mohon gantian kerosakan kad perkahwinan Kandungan Maklumbalas: saya memohon penggantian kad kahwin kerana kad yang sedia ada telah rosak dan tidak boleh digunakan.mohon diberikan prosedur tukar utk saya mohon semula kad |
11/27/17 10:06 AM |
Assalamualaikum Tuan,
Berkaitan dengan penggantian kad perkahwinan yang rosak, pihak tuan boleh menghubungi Bahagian Pentadbiran Undang-Undang Keluarga Islam (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang) di talian 04 2637200 untuk maklumat lanjut.
Sekian.
|
Bahagian Pentadbiran Undang-Undang Keluarga Islam |
11/27/17 11:40 AM
|
|
25 | AMIRA |
Tajuk Maklumbalas: BANTUAN PENDIDIKAN Kandungan Maklumbalas: Assalammualaikum, saya ada isi borang bantuan pendidikan dan keputusan setiap semester saya dah hantar di pejabat. Adakah permohonan bantuan pendidikan tersebut diterima dengan kelayakan tertenntu atau setiap pemohon layak menerima bantuan tersebut. Bagaimana hendak tahu status permohonan saya ? Terima kasih. |
12/14/2017 7:36 PM |
Assalamualaikum W.B.T
Puan,
Untuk maklumat yang lebih terperinci, sila berhubung dengan Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP) di talian 04 263 7200 / 262 6817.
Sekian, terima kasih.
|
Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP) | 12/15/17 4:26 PM |