Terima kasih kepada delegasi dari Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) ke Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) kerana sudi memilih MAINPP untuk sesi lawatan kerja.
Berlangsung selama tiga jam lebih, lawatan dari delegasi MAIK ini diketuai oleh Encik Rusydee bin Abdullah, Setiausaha MAIK, Pn. Shakirah binti Mohamed, Pegawai Wakaf dan pegawai serta kakitangan lain. Dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan Shamsul bin Abd Rani, Pengurus Baitulmal MAINPP dan diteruskan dengan taklimat berkaitan pengurusan wakaf serta pengurusan projek-projek pembangunan hartanah wakaf.
|
|
|
|
|
|
|