Pada 12 Oktober 2015, MAINPP telah menerima lawatan kerja daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) yang terdiri daripada Sahibus Samahah YB. Dato' Haji Yahya bin Ahmad (Timbalan Mufti Negeri Johor), Tuan Haji Mohd. Noh bin Kadri (Kadi Besar Negeri Johor) dan Ustaz Mustapahayuddin bin Abdul Khalim (Penolong Pengarah Wakaf,MAINJ). Lawatan kerja ini diadakan bertujuan untuk menambah pengetahuan dan menimba pengalaman dari segi pengurusan dan pembangunan wakaf di Negeri Pulau Pinang. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Tuan Haji Mamat bin Said, Timbalan Mufti Negeri Pulau Pinang dan disusuli dengan ucapan alu-aluan daripada YBhg. Dato' Haji Abdul Halim bin Hussain selaku Timbalan Yang Dipertua MAINPP serta ucapan oleh wakil MAINJ. Seterusnya, satu taklimat ringkas mengenai pengurusan wakaf telah disampaikan oleh Tuan Haji Fakhruddin bin Abd. Rahman, Ketua Bahagian Wakaf, MAINPP dan diikuti dengan perbincangan dan perkongsian maklumat antara MAINPP dan MAINJ. Semoga lawatan kerja ini dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim yang telah sedia terjalin antara MAINPP dan MAINJ.
|
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





