Filters

LAWATAN KE MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA (MAIM), MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN(MAINS) DAN PERBADANAN WAKAF SELANGOR

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) yang diwakili seramai 11 orang telah mengadakan kunjungan hormat ke Majlis Agama Negeri Melaka, MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN (MAINS) dan Perbadanan Wakaf Selangor.

Lawatan yang berlangsung selama 3 hari ini turut dihadiri oleh Ustaz Afnan Hamimi Bin Taib Azamudden, iaitu salah seorang Ahli Majlis MAINPP dan Penolong Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri, Encik Muhamad Azrai Bin Mohamad Zaini.

Kunjungan tersebut diadakan bertujuan meninjau perlaksanaan sistem pengurusan, pentadbiran dan struktur organisasi di MAINM, MAINNS dan Perbadanan Wakaf Negeri Selangor sekaligus saling bertukar pendapat dan idea mengenai penubuhan Perbadanan Wakaf yang akan ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) tidak lama lagi.

 

maim1 maim3
maim4 mais1
mais4 sgor4

LAPORAN BENGKEL MENGKAJI HALACARA PENGGUNAAN TANAH HAK MILIK MAINPP  15 - 16 JULAI 2013

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) telah menganjurkan Bengkel Mengkaji Halacara Penggunaan Tanah Milik MAINPP di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas. Tujuan bengkel ini dianjurkan adalah untuk membincangkan potensi hartanah milik MAINPP sekaligus mendapatkan pandangan serta ulasan setiap peserta bengkel. 

Bengkel yang berlangsung selama dua hari ini telah dihadiri oleh beberapa pegawai kanan dan wakil jabatan negeri serta agensi korporat yang mempunyai kepakaran di dalam bidang berkaitan pengurusan dan pembangunan hartanah.

Yang Berhormat Dato' Mokhtar Bin Jait, Pegawai Kewangan Negeri turut hadir bersama-sama meluangkan masa pada hari kedua bengkel dan merumuskan sesi bengkel tersebut.

web web2
web4 web5

Sekalung tahniah diucapkan kepada warga kerja MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG (MAINPP) iaitu Tuan Haji Anuar Bin Ahmad, Pengurus Projek Gred J44, Puan Hanidawati Hafiza Ng Binti Abdullah, Pembantu Hal Ehwal Gred S17 serta Encik Shaik Nasir Bin S.K Ismail Pekerja Awam Gred R1 di atas penerimaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk tahun 2012.

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2012 telah disampaikan oleh Y.B. Tuan Haji Mohd Rashid Bin Hasnon, Timbalan Ketua Menteri I di Hotel Eastin, Bayan Lepas pada 19 Jun 2013 anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Mulai tahun ini, penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang telah menerima Sijil Simpanan Premium bernilai RM1000.00 serta Sijil Penghargaan.

Semoga dengan anugerah yang diterima ini dapat dijadikan sumber inspirasi kepada anggota lain untuk meningkatkan daya usaha dan produktiviti masing- masing sekaligus memantapkan peranan MAINPP di negeri Pulau Pinang.

BENGKEL MANUAL PROSEDUR KERJA MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG
DI BEST WESTERN MARINA ISLAND RESORT PANGKOR 24 - 26 MEI 2013

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang baru-baru ini telah menganjurkan Bengkel Manual Prosedur Kerja yang bertempat di Best Western Marina Island Resort Pangkor. Bengkel yang berlangsung selama dua hari ini turut dihadiri Setiausaha MAINPP, Y.Bhg. Dato' Haji Sazali Bin Haji Hussein.

Puan Habibah Binti Samsudin, penceramah yang dijemput khas dari INTAN Wilayah Utara (INTURA), telah memberikan taklimat berhubung isi kandungan serta kaedah untuk menyediakan Manual Prosedur Kerja. Selain itu, kajian semula terhadap MPK mengikut bahagian-bahagian di MAINPP turut diadakan bagi memastikan penyediaan MPK adalah mengikut format yang standard.

 

1   2
3 4
7 9

MAINPP baru-baru ini telah dikunjungi oleh Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Y.B Dato' Haji Abdul Malik Bin Abul Kassim.  Kedatangan beliau disambut oleh Setiausaha MAINPP, Y. Bhg. Dato' Haji Sazali Bin Haji Hussein dan Pengurus Baitulmal, Encik Nazmi Bin Abd. Shukor serta seluruh warga kerja MAINPP.  Lawatan kerja yang berlangsung selama dua jam ini bertujuan untuk melihat dengan lebih dekat setiap fungsi bahagian yang terdapat MAINPP.

taklimat yb1taklimat yb2

Encik Juhari Ahmad atau lebih mesra dipanggil Encik Jo telah secara rasminya bersara pada 3 Mei 2013 setelah menyumbangkan khidmat bakti beliau selama 31 tahun di MAINPP. Seluruh warga MAINPP mengucapkan ribuan terima kasih di atas perkhidmatan beliau sepanjang berkhidmat bersama MAINPP.

jo1jo2

Badan Kebajikan Anggota MAINPP (BKAM) telah mengadakan Mesyuarat Agung Kali Ke-6 pada 27 Mac 2013 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Mesyuarat yang mengambil masa lebih kurang 2 jam ini dipengerusikan oleh Encik Kamaluddin Bin Darus, yang dipilih sebagai Pengerusi Sementara.
Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk memilih jawatankuasa BKAM bagi sesi 2013/2014. Turut diadakan sesi penyerahan cenderahati sumbangan BKAM kepada dua orang ahli BKAM yang baru mendapat cahaya mata iaitu En. Isfahafis Bin Ismail dan En. Muhammad Afiq Bin Mat Rosli.
Mesyuarat Agung Kali Ke-6  ini telah berlangsung dengan lancar dan diharapkan dengan pelantikan jawatankuasa baru,  BKAM akan dapat memberikan sumbangan dan khidmat yang lebih baik dalam menjaga kebajikan ahli - ahlinya.

bkam2 bkam11

Baru-baru ini telah berlangsungnya Bengkel Penyediaan Garis Panduan Dan Piawaian Perancangan Kemudahan Awam Masyarakat Islam Negeri Pulau Pinang yang telah dianjurkan oleh Jabatan Perancang Bandar Dan Desa Pulau Pinang. Bengkel yang berlangsung selama dua hari bertempat di Dewan Sri Pinang, Lebuh Light, Georgetown ini turut dihadiri oleh beberapa jabatan dan agensi kerajaan ·dari dalam dan luar Pulau Pinang antaranya JHEAIPP, JKR, MPPP serta JAKIM.

Sepanjang bengkel ini berlangsung, para peserta bengkel telah didedahkan dengan lebih terperinci berkaitan kemudahan awam masyarakat Islam khususnya di negeri Pulau Mutiara ini iaitu dari segi perancangan penyediaan masjid, surau dan tanah perkuburan Islam.

Antara pembentang-pembentang kertas kerja untuk bengkel yang julung kalinya dianjurkan oleh jabatan ini ialah salah seorang kakitangan MAINPP iaitu Pengurus Projek Bahagian Pembangunan Dan Pelaburan, Tuan Haji Anuar Bin Ahmad yang menyentuh tentang dilemma yang dihadapi berkaitan perancangan dan pembangunan masjid, surau dan tanah perkuburan Islam.

Pada 4 Mei 2012 (Jumaat) jam 10.00 pagi, Badan Kebajikan Anggota MAINPP (BKAM) telah mengadakan Mesyuarat Agong kali ke 5 bagi sesi 2012/2013 bagi melantik Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, Penolong Bendahari serta AJK bagi biro-biro. Dalam mesyuarat berkenaan, setiap biro membentangkan laporan aktiviti biro berkenaan serta laporan kewangan dibentangkan oleh bendahari BKAM.

Baru-baru ini telah diadakan· Bengkel Penstrukturan Semula Organisasi Majlis Agama Islam· Negeri Pulau Pinang yang bertempat di laketown Hotel, Bukit Merah.· Seramai 18 kakitangan MAINPP telah dipilih untuk menyertai bengkel ini. Bengkel yang berlangsung selama 3 hari ini turut dihadiri oleh Setiausaha MAINPP, Tuan Haji Sazali bin Haji Hussein.

Objektif bengkel ini adalah bertujuan membincangkan penstrukturan semula organisasi MAINPP dengan melibatkan semua kakitangan dan pegawai. Disamping itu, dibincangkan juga penyediaan justifikasi yang kukuh untuk keperluan pertambahan jawatan dengan mengambilkira input daripada setiap bahagian di MAINPP.

Kesimpulannya, bengkel ini sedikit sebanyak telah dapat memberikan idea masing-masing terhadap pentingnya pertambahan jawatan baru di MAINPP