Filters

Premis komersial No. 28-02-11 Lot Kedai Kos Sederhana Rendah Taman Sri Pinang Untuk Disewa

No. Lot :  28-02-11
 Alamat :

Lot Kedai Kos Sederhana Rendah, Taman Sri Pinang,
Jalan Patani/Veterinary, Pulau Pinang 

Harga Minimum : RM150.00 sebulan 

Borang Permohonan Penyewaan Premis Komersial

PROSES PERMOHONAN PENYEWAAN PREMIS WAKAF

1   Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Penyewaan Premis Komersial / Kediaman. Pastikan maklumat yang diperlukan adalah lengkap. Perkara-perkara yang diperlukan adalah seperti berikut:
KOMERSIAL
a) Maklumat Syarikat,
b) Salinan kad pengenalan,
c) Salinan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
d) Profil syarikat, 
e) Proposal perniagaan yang dicadangkan,
f) Cadangan kadar sewaan (sebulan),
g) Kawasan yang dipohon dan
h) Laporan kewangan syarikat.
KEDIAMAN
a) Salinan kad pengenalan,
b) Salinan slip gaji / akuan bersumpah pendapatan,
c) Salinan kad pengenalan suami/isteri dan lain-lain,
d) Kawasan yang dipohon dan 
e) Salinan sijil kahwin yang sah
2

Hantar borang permohonan kepada MAINPP melalui alamat seperti di bawah:

Setiausaha,
Majlis Agama Islam NegeriPulau Pinang,
Tingkat 8 & 9, Menara UMNO,
128 Jalan Macalister,
10400 Pulau Pinang.

 

ATAU

 

Serahan tangan di alamat seperti di atas.

ii) K

a) 

Premis komersial wakaf milik MAINPP di Lebuh Buckingham, Georgetown, 10200 Pulau Pinang

No. Lot  No. 24-A
Harga Minimum RM1,100.00
Keluasan 920 kps 
 Jenis Perniagaan dicadangkan Pejabat Pengrusan/pemasaran

* MAINPP tidak terikat untuk menerima tawaran tertinggi atau mana-mana tawaran dan segala keputusan adalah muktamad.

Premis komersial Wakaf untuk disewakan kepada bumiputera beragama Islam.  Kepada pihak yang berminat, sila lengkapkan borang Permohonan Penyewaan Premis Komersial termasuk bidaan kadar sewa sebulan dan mengemukakan profil syarikat yang lengkap.  Borang permohonan perlu dikembalikan ke dalam peti bidaan di Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Tingkat 9, Menara UMNO, 128 Jalan Macalister, 10400 Pulau Pinang pada atau sebelum   20 Jun 2014 sebelum 12.00 tengahari.

Sila klik pautan di bawah untuk muat turun borang.

Borang Permohonan Sewa No 24-A, Lebuh Buckingham , Georgetown, 10200 Pulau Pinang 

Premis milik MAINPP di bangunan Wakaf Lebuh Carnavon, Georgetown, 10100 Pulau Pinang

No. Premis No. 29, Lebuh Carnavon, 10100 Pulau Pinang
Harga Minimum RM1,000.00
Keluasan 883 kps 
 Jenis Perniagaan dicadangkan Pejabat Pengrusan/pemasaran

* MAINPP tidak terikat untuk menerima tawaran tertinggi atau mana-mana tawaran dan segala keputusan adalah muktamad.

Premis komersial Wakaf untuk disewakan kepada bumiputera beragama Islam.  Kepada pihak yang berminat, sila lengkapkan borang Permohonan Penyewaan Premis Komersial termasuk bidaan kadar sewa sebulan dan mengemukakan profil syarikat yang lengkap.  Borang permohonan perlu dikembalikan ke dalam peti bidaan di Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Tingkat 9, Menara UMNO, 128 Jalan Macalister, 10400 Pulau Pinang pada atau sebelum   28 Jun 2014 sebelum 12.00 tengahari.

Sila klik pautan di bawah untuk muat turun borang.

Borang Permohonan Sewa No 29, Lebuh Carnavon , Georgetown, 10100 Pulau Pinang 

Premis komersial wakaf milik MAINPP di Lebuh Carnavon, Georgetown, 10200 Pulau Pinang

No. Lot  No. G-18
Harga Minimum RM170.00 
Keluasan 121 kps 
 Jenis Perniagaan dicadangkan Pejabat Pengrusan/pemasaran

* MAINPP tidak terikat untuk menerima tawaran tertinggi atau mana-mana tawaran dan segala keputusan adalah muktamad.

 

Premis komersial Wakaf untuk disewakan kepada bumiputera beragama Islam.  Kepada pihak yang berminat, sila lengkapkan borang Permohonan Penyewaan Premis Komersial termasuk bidaan kadar sewa sebulan dan mengemukakan profil syarikat yang lengkap.  Borang permohonan perlu dikembalikan ke dalam peti bidaan di Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Tingkat 9, Menara UMNO, 128 Jalan Macalister, 10400 Pulau Pinang pada atau sebelum   13 Jun 2014 sebelum 12.00 tengahari.

Sila klik pautan di bawah untuk muat turun borang.

Borang Permohonan Sewa No G-18, Lebuh Carnavon , Georgetown, 10200 Pulau Pinang 

Sekalung tahniah diucapkan kepada warga kerja MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG (MAINPP) iaitu Tuan Haji Anuar Bin Ahmad, Pengurus Projek Gred J44, Puan Hanidawati Hafiza Ng Binti Abdullah, Pembantu Hal Ehwal Gred S17 serta Encik Shaik Nasir Bin S.K Ismail Pekerja Awam Gred R1 di atas penerimaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk tahun 2012.

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2012 telah disampaikan oleh Y.B. Tuan Haji Mohd Rashid Bin Hasnon, Timbalan Ketua Menteri I di Hotel Eastin, Bayan Lepas pada 19 Jun 2013 anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Mulai tahun ini, penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang telah menerima Sijil Simpanan Premium bernilai RM1000.00 serta Sijil Penghargaan.

Semoga dengan anugerah yang diterima ini dapat dijadikan sumber inspirasi kepada anggota lain untuk meningkatkan daya usaha dan produktiviti masing- masing sekaligus memantapkan peranan MAINPP di negeri Pulau Pinang.

BENGKEL MANUAL PROSEDUR KERJA MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG
DI BEST WESTERN MARINA ISLAND RESORT PANGKOR 24 - 26 MEI 2013

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang baru-baru ini telah menganjurkan Bengkel Manual Prosedur Kerja yang bertempat di Best Western Marina Island Resort Pangkor. Bengkel yang berlangsung selama dua hari ini turut dihadiri Setiausaha MAINPP, Y.Bhg. Dato' Haji Sazali Bin Haji Hussein.

Puan Habibah Binti Samsudin, penceramah yang dijemput khas dari INTAN Wilayah Utara (INTURA), telah memberikan taklimat berhubung isi kandungan serta kaedah untuk menyediakan Manual Prosedur Kerja. Selain itu, kajian semula terhadap MPK mengikut bahagian-bahagian di MAINPP turut diadakan bagi memastikan penyediaan MPK adalah mengikut format yang standard.

 

1   2
3 4
7 9