MAJLIS PENYERAHAN KUNCI PANGSAPURI WAKAF AN-NUR, TELUK AIR TAWAR

 

Melibatkan 32 penghuni yang dipindahkan dari Wakaf Abdul Cauder, alhamdulillah petang tadi telah selesai sesi penyerahan kunci-kunci tersebut kepada penghuni-penghuni berkenaan.  Majlis ini dihadiri oleh YB Dato’ Ir Haji Ahmad Zakiyuddin bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Menteri 1 merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Tuan Haji Roslan bin Said, Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat Dan Haji (JAWHAR) serta Tuan Haji Zulkifli bin Long, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

Pangsapuri yang tersergam indah di kawasan Teluk Air Tawar ini terdiri dari 2 blok (12 dan 8 tingkat) yang mengandungi 152 unit kediaman dengan keluasan 1,067 kaki persegi. Dilengkapi dengan dewan serbaguna, sebuah tadika, 3 buah unit kedai, taman permainan dan kawasan parkir kereta serta motorsikal. Bukan itu sahaja, unit-unit yang diserahkan kepada mereka turut dilengkapi dengan kabinet dapur. Terima kasih atas kesabaran penghuni-penghuni ini yang begitu sabar menanti hampir 10 tahun bagi melihat projek pembangunan pangsapuri ini siap sepenuhnya.

 

 annur1 annur2 
 annur3  annur4
 annur5  annur7
 annur8  annur6