Majlis Penyerahan Kunci Pangsapuri Wakaf Siti dan Hajah Norijah Sg Nibong Kepada Asnaf

 

Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Penyerahan Kunci Pangsapuri Wakaf Siti dan Hajah Norijah Sg Nibong Kepada Asnaf yang berlangsung dengan jayanya pagi tadi. Tahniah kepada tim Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan tidak dilupakan kepada Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) serta Zakat Pulau Pinang (ZPP).  Bermula dengan sesi lawatan ke setiap pameran, YB. Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri diiringi oleh YB. Dato ' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Menteri 1 merangkap Yang Dipertua MAINPP.

Seterusnya, ke acara kemuncak, iaitu sesi penyerahan replika kunci kepada asnaf-asnaf dan diselitkan dengan sesi bergambar beramai-ramai. YB. Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof turut dibawa melawat salah satu unit kediaman pangsapuri. Sebelum itu, YB meluangkan masa menyertai kayuhan amal bersama-sama dengan Zakat Pulau Pinang yang juga disertai oleh Yayasan Waqaf Malaysia.

 

p11  p10 
 p9  p8
 p6  p5
 p4  p3
 p2  p1
 p12  

Print