TABUNG WIRA

Sebagai menghargai jasa & pengorbanan kepada para petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus membantu melawan wabak Covid19 , Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) bersama institusi masjid dan insan prihatin mengambil inisiatif untuk melancarkan Tabung Wira Negara.

Sumbangan boleh disalurkan seperti poster di bawah ini.

 

tabungwira

             

 

 

 

 

Sesi taklimat ringkas dan perbincangan dua hala antara Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)

Delegasi dari Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) diketuai oleh Encik Mohd Rizalman bin Syed-Penolong Setiausaha Bhg.Pembangunan Sumber Manusia manakala Puan Selamah binti Abdullah Penolong Pegawai Tadbir Bah.Pentadbiran dan Sumber Manusia, mewakili MAINPP untuk menyampaikan taklimat ringkas.
 
 

Majlis Penyerahan Kunci Pangsapuri Wakaf Siti dan Hajah Norijah Sg Nibong Kepada Asnaf

 

Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Penyerahan Kunci Pangsapuri Wakaf Siti dan Hajah Norijah Sg Nibong Kepada Asnaf yang berlangsung dengan jayanya pagi tadi. Tahniah kepada tim Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan tidak dilupakan kepada Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) serta Zakat Pulau Pinang (ZPP).  Bermula dengan sesi lawatan ke setiap pameran, YB. Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri diiringi oleh YB. Dato ' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Menteri 1 merangkap Yang Dipertua MAINPP.

Seterusnya, ke acara kemuncak, iaitu sesi penyerahan replika kunci kepada asnaf-asnaf dan diselitkan dengan sesi bergambar beramai-ramai. YB. Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof turut dibawa melawat salah satu unit kediaman pangsapuri. Sebelum itu, YB meluangkan masa menyertai kayuhan amal bersama-sama dengan Zakat Pulau Pinang yang juga disertai oleh Yayasan Waqaf Malaysia.

 

p11  p10 
 p9  p8
 p6  p5
 p4  p3
 p2  p1
 p12  

Penghargaan Sempena Majlis Apresiasi Pelanggan Deposit & Pengurusan Tunai (DCM)

 

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) telah diberi penghargaan sempena Majlis Apresiasi Pelanggan Deposit & Pengurusan Tunai (DCM) dengan mendapat tempat pertama untuk Kategori Pelanggan Penyelesaian PengurusanTunai Utama

 

 bimb2  bimb1