SESI PENYERAHAN 60 GUGUS KUNCI JKR-JAWHAR-MAINPP

Pada 21 Januari yang lalu, telah diadakan sesi penyerahan kunci-kunci Pangsapuri Wakaf An Nur, Teluk Air Tawar.

Dihadiri oleh Tuan Haji Roslan bin Said, Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Tuan Ir Manimaran a/l Raman, wakil dari Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Tuan Haji Zulkifli bin Long, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), sesi penyerahan tersebut turut disaksikan oleh beberapa pegawai yang lain antaranya Tuan Haji Fakhruddin bin Abd. Rahman, Pegawai Tadbir Unit Pembangunan Hartanah Dan Harta Wakaf (MAINPP) serta Encik Shahril Bin Shahrom, Pegawai Tadbir Unit Pengurusan dan Penyelenggaraan Premis .

Usai sesi penyerahan kunci, mereka dibawa melawat ke beberapa unit-unit pangsapuri dan diberikan taklimat ringkas.

AN1  AN2 
 AN3  AN6
 AN5  

 

MAJLIS PENYERAHAN KUNCI PANGSAPURI WAKAF AN-NUR, TELUK AIR TAWAR

 

Melibatkan 32 penghuni yang dipindahkan dari Wakaf Abdul Cauder, alhamdulillah petang tadi telah selesai sesi penyerahan kunci-kunci tersebut kepada penghuni-penghuni berkenaan.  Majlis ini dihadiri oleh YB Dato’ Ir Haji Ahmad Zakiyuddin bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Menteri 1 merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Tuan Haji Roslan bin Said, Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat Dan Haji (JAWHAR) serta Tuan Haji Zulkifli bin Long, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

Pangsapuri yang tersergam indah di kawasan Teluk Air Tawar ini terdiri dari 2 blok (12 dan 8 tingkat) yang mengandungi 152 unit kediaman dengan keluasan 1,067 kaki persegi. Dilengkapi dengan dewan serbaguna, sebuah tadika, 3 buah unit kedai, taman permainan dan kawasan parkir kereta serta motorsikal. Bukan itu sahaja, unit-unit yang diserahkan kepada mereka turut dilengkapi dengan kabinet dapur. Terima kasih atas kesabaran penghuni-penghuni ini yang begitu sabar menanti hampir 10 tahun bagi melihat projek pembangunan pangsapuri ini siap sepenuhnya.

 

 annur1 annur2 
 annur3  annur4
 annur5  annur7
 annur8  annur6
   

Mesyuarat Pra Penyerahan dan aktiviti pemeriksaan bangunan Pangsapuri Wakaf An-Nur, Telok Air Tawar

 

Mesyuarat Pra Penyerahan dan aktiviti pemeriksaan bangunan Pangsapuri Wakaf An-Nur, Telok Air Tawar.
Sebagai makluman, urusan sewaan/jualan masih lagi belum dibuka. Sebarang info terkini akan dimuatnaik melalui laman sesawang/sosial rasmi Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

 

annur1  annur4 
 annur5  annur3
 annur7  annur8
 annur6  

MAJLIS MENGHADAP KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG OLEH AHLI MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG, AHLI JAWATANKUASA FATWA NEGERI PULAU PINANG DAN AHLI LEMBAGA PENGARAH ZAKAT NEGERI PULAU PINANG

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Menghadap KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong oleh Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang dan Ahli Lembaga Pengarah Zakat Negeri Pulau Pinang di Pelangi Ballroom, Hotel Shangri La, Rasa Sayang.

Majlis Menghadap yang berlangsung hampir dua jam ini merupakan agenda terakhir baginda dalam lawatan kerja di Pulau Mutiara yang bermula dari Jumaat lepas.
Taklimat yang dipersembahkan oleh ketiga-tiga agensi tersebut bertujuan untuk memaklumkan kepada baginda berkaitan peranan setiap agensi, aktiviti-aktiviti serta pembangunan masyarakat Islam yang telah dilaksanakan di Pulau Pinang.

Turut hadir bersama Tun Dato' Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang

 amainpp1 amainpp2 
 amainpp3  amainpp4
 amainpp5  amainpp6
 amainpp8  amainpp7
 amainpp9  amainpp10