Lawatan Kerja Dari Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) telah dikunjungi delegasi dari Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).  Delegasi MAIPk diketuai oleh Encik Shahrul Azam bin Shaari, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Puan Wan Maizura binti Hj Wan Zahari, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan)dan beberapa pegawai lain turut serta dalam lawatan kerja ini.  Sesi taklimat pembangunan wakaf disampaikan oleh Tuan Haji Fakhruddin bin Abd Rahman, Ketua Unit Pembangunan dan Hartanah Wakaf MAINPP. Selaku tuan rumah, ucapan aluan dan selamat datang kepada para tetamu oleh Tuan Haji Huzaimi bin Ghazali, Pengurus Baitulmal MAINPP.  Di samping itu, sesi penerangan berkaitan Pusat Haemodialisis Zakat Pulau Pinang disampaikan oleh Encik Roslan serta bersama-sama Puan Siti Fatimah, wakil dari Zakat Pulau Pinang (ZPP).  Lawatan kerja ini yang bermula 14 September 2020 dimulakan dengan sesi lawatan tapak antaranya melawat kawasan sekitar Bangunan Wakaf Seetee Aisah dan Pangsapuri Wakaf Mohamed Hashim yang terletak di Seberang Jaya.

 p1  prk2
 prk3  prk4
 prk5  prk6
 prk7  prk8

Sesi Perbincangan dua hala di antara Majlis Agama Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dengan Waqaf An Nur Corporation Berhad (WANCORP)

Sesi Perbincangan dua hala di antara Majlis Agama Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dengan Waqaf An Nur Corporation Berhad (WANCORP) telah berlangsung pagi tadi bertempat di Bilik Mesyuarat MAINPP, Tingkat 9
Wakil WANCORP yang hadir dalam pertemuan tersebut adalah Tuan Haji Bukhari Abd Rahman, Ketua Eksekutif WANCORP, En Mohd Bahrin Bakri, Pengurus Besar WANCORP dan En Mohammad Razin Bin Mohamat Noor, Pengurus Kanan Pembangunan Bisnes dan Perancangan Strategik.  Perbincangan dan sesi soal jawab ini lebih memfokuskan pembangunan wakaf di Pulau Pinang yang disampaikan oleh Tuan Haji Fakhruddin bin Abd Rahman, Ketua Unit Pembangunan Hartanah dan Harta Wakaf. Turut hadir Tuan Haji Huzaimi bin Ghazali, Pengurus Baitulmal MAINPP. 
 
 WhatsApp Image 2020 09 09 at 12.58.15 PM  WhatsApp Image 2020 09 09 at 12.58.19 PM
 WhatsApp Image 2020 09 09 at 12.58.16 PM  WhatsApp Image 2020 09 09 at 12.58.18 PM

MAJLIS PERASMIAN WAD PESAKIT TERLANTAR DARUL HANAN

Wad pesakit terlantar merupakan sebuah lagi perkhidmatan perlindungan dan penjagaan warga emas yang diwujudkan di Rumah Kebajikan Darul Hanan, Pongsu Seribu, Kepala Batas. Wad ini mempunyai kapasiti kemudahan 30 katil dengan memperuntukkan 15 untuk warga emas golongan asnaf, manakala selebihnya untuk kategori warga emas yang mampu bayar bagi menampung kos operasi jagaan.
Perkhidmatan yang ditawarkan termasuk Jagaan 24 jam, khidmat fisioterapi, Quran time, pengisian rohani, penyediaan makan dan  minum serta dobi. Manakala penjagaan warga emas terlantar akan dijalankan oleh kakitangan terlatih yang dilantik.
Juga dimaklumkan kemudahan katil di wad pesakit terlantar adalah hasil kutipan dana wakaf yang dijalankan secara kerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Sebanyak RM41,265.00 telah berjaya dikumpul bagi membeli kemudahan  berkenaan. Pihak Darul Hanan mengucap setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pewakaf yang telah merealisasikan hasrat Darul Hanan mewujudkan wad pesakit Darul Hanan.

 

 888fc55e 42fc 44ff a355 cfe9b84c90c4  53671cf5 d045 42cb 95af e6f04f5f841b
 13f0e991 9976 49d8 9814 00bfec1ffcef  b4657f2d 4984 4cd6 acba da674b6a8cff
 4e755f41 7d0d 4b50 b5e9 7a3fa1daf3fb  

 

Majlis Penyerahan Kunci Premis Wakaf Angkasa,Bertam Walk, Bertam, Pulau Pinang

Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Penyerahan Kunci Premis Wakaf Angkasa,Bertam Walk, Bertam, Pulau Pinang yang berlangsung di Pejabat Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.  Kerjasama antara Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) melibatkan dua (2) unit premis di Bertam Walk yang telah diwakafkan oleh ANGKASA kepada MAINPP.  Majlis dihadiri YBhg Datuk Haji Mohamad Ali Hassan Naib Presiden, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), YBhg Tuan Haji Mohd Jamil bin Othman Pengerusi ANGKASA Pulau Pinang dan YBhg Tuan Haji Azhar bin Hamzah Pengurus Besar Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA.  Manakala MAINPP diwakili YB Dato' Ir. Hj. Ahmad Zakiyuddin bin Abd Rahman,Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, YBhg Tuan Haji Zulkifli bin Long Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan YBhg Tuan Haji Huzaimi bin Ghazali, Pengurus Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.  Semoga kerjasama ini dapat membangunkan ekonomi wakaf di Pulau Pinang.

 

1a383bdc 8dae 438f a073 44edec24f2bf  fd873897 5d47 4f52 aa72 e0efad3eefe1 
 b84f7acd 52ef 4d06 9661 f8350ebdf0e6  WhatsApp Image 2020 08 18 at 9.35.18 AM 7
 WhatsApp Image 2020 08 18 at 9.35.17 AM 2  WhatsApp Image 2020 08 18 at 9.35.18 AM 15