Majlis Walimatul Urus Perdana 2017 telah selamat berlangsung di perkarangan Masjid An-Nur, Kampung Titi Teras. Berdasarkan dengan sambutan yang menggalakkan diterima pada 2015, maka tahun dianjurkan buat kali kedua dan pada tahun ini ia melibatkan sebanyak 20 pasangan pengantin yang berdaftar. Majlis yang diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, YB. Dato' Haji Mohd Rashid bin Hasnon Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang serta YB Mohd Tuah bin Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan & Kesejahteraan Keluarga, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP). Jemputan yang hadir terdiri daripada ahli keluarga pengantin serta penduduk setempat. Rata-rata para jemputan teruja untuk hadir. Ada yang datang seawal jam 9.00 pagi untuk sama-sama memeriahkan lagi majlis ini.