Pada 10 Disember 2016, Badan Kebajikan Anggota MAINPP telah mengadakan Malam Tautan Kasih yang bertempat di Penang Golf Resort, Bertam. Majlis ini yang dihadiri seramai 150 orang telah diadakan bagi meraikan kakitangan MAINPP serta memberi penghormatan terakhir buat kakitangan MAINPP yang akan bersara iaitu Puan Hajjah Munirah binti Zakaria. Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua MAINPP, YB Dato' Haji Salleh bin Man, Timbalan Tang di-Pertua MAINPP, YBhg. Dato' Haji Abdul Halim bin Hussain serta Setiausaha MAINPP, YBhg. Dato' Haji Sazali bin Hussein. Tidak ketinggalan Pengurus Baitulmal MAINPP, Puan Putri Irhanan binti Sapeli turut hadir bersama-sama pada malam tersebut.
Majlis turut disertakan dengan penyampaian sijil kehadiran terbaik tahun 2016, sijil penghargaan kepada kakitangan MAINPP yang telah melibatkan diri dalam persembahan KIK peringkat Negeri Pulau Pinang tahun 2016, sijil penghargaan kepada peserta “Oh, My English!”, peserta pidato dan penghargaan ke atas pencapaian lima bintang Laman Web MAINPP dalam penilaian ProBE 2015.