PROGRAM HARI WAKAF PRODUKTIF PULAU PINANG 2015
26 Jun 2015 - Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr.) haji Abdul Rahman Bin haji Abbas, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang berbesar hati menyempurnakan “PROGRAM HARI WAKAF PRODUKTIF PULAU PINANG 2015'' di Masjid Negeri Pulau Pinang.
Majlis yang turut dihadiri oleh Yang Berhormat Dato' Haji Mohd. Rashid Bin Hasnon, Timbalan Ketua Menteri 1 Negeri Pulau Pinang, Yang Berhormat Dato' Seri Farizan Bin Darus, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Yang Berhormat Dato’ Mokhtar Bin Mohd Jait, Pegawai Kewangan Negeri, Yang Berbahagia Sahibus Samahah Dato' Dr. Haji Wan Salim Bin Wan Mohd. Noor, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Salleh Bin Man, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, dan Yang Berbahagia Dato' Haji Sazali Bin Haji Hussein, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Program 2 dalam 1 yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang ini bertujuan untuk yang pertama, menyalurkan hasil wakaf berjumlah RM1.25 juta. Agihan sumbangan hasil wakaf ini dibuat merangkumi pelaksanaan amanah wakaf khas, wakaf am dan wakaf keluarga seumpama penyaluran sumbangan untuk masjid-masjid, program dakwah, pendidikan, pemberian pakaian, kemiskinan yang semuanya adalah bagi maksud melaksanakan program khariat untuk umat Islam di negeri ini. Yang kedua adalah bagi tujuan mengumpul dana bagi produk-produk dana wakaf yang melibatkan pembelian tanah dan pembangunan pendidikan dan kemasyarakatan umat Islam seperti berikut:
BIL |
NO. LOT |
DAERAH |
KELUASAN |
KOS (RM) |
TUJUAN |
1 |
LoT 278, 374 & 375, Seksyen 15 |
Daerah Timur Laut |
0.294 ekar |
1.345 Juta |
Pembangunan pendidikan dan kemasyarakatan komuniti Islam di Bandar Georgetown oleh Persatuan Nurul Islam |
2 |
Lot 253, Mukim B, Sungai Rusa |
Daerah Barat Daya |
3 ekar |
1.6 Juta |
Pembesaran Madrasah Miftahul Irfan |
3 |
Lot 845, Mukim 18 |
Daerah Seberang Perai Tengah |
0.794 ekar |
484,000.00 |
Aktiviti keagamaan Qaryah Masjid Jamek Mengkuang |
Pengumpulan sejumlah dana berkenaan dilakukan secara mewakafkan tanah mengikut kaki persegi dan konsep wakalah dengan cara mewakafkan kepada MAINPP untuk membeli tanah untuk diwakafkan. Penyumbang boleh menyalurkan wakaf melalui kaunter MAINPP atau melalui laman sesawang www.danawakaf.com. Penyumbang akan menerima kupon atau resit sumbangan wakaf yang melayakkan penyumbang untuk mendapatkan pengecualian cukai pendapatan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri Pulau Pinang (LHDN). Selain daripada sasaran hartanah baru untuk dibeli, pihak MAINPP juga telah membeli tiga bangunan sebelum ini iaitu:
BIL |
BANGUNAN |
TAHUN BELIAN |
KOS (RM) |
TUJUAN |
1 |
Dana Wakaf Taman Selat |
1996 |
880,000.00 |
Disewakan kepada Zakat Pulau Pinang |
2 |
Dana Wakaf Lebuh Chulia |
2007 |
857,130.00 |
Disewakan kepada Yayasan Kebajikan Negara |
3 |
Dana Wakaf Bandar Perda |
2009 |
560,000.00 |
Disewakan kepada Zakat Pulau Pinang |
Selain itu, program ini juga dianjurkan sebagai salah satu kerangka tindakan MAINPP bagi memupuk kesedaran yang tinggi terhadap amalan berwakaf yang memberi impak yang besar kepada pembangunan nilai insan seperti berikut:
-
Melaksanakan amanah pewakaf sebagaimana tujuan dan maksud bagi sesuatu wakaf itu diwujudkan.
-
Meyakinkan masyarakat mengenai peranan dan tanggungjawab MAINPP sebagai pemegang amanah tunggal harta wakaf di negeri Pulau Pinang.
-
Menggalakkan penyatuan ummah melalui amalan berwakaf dalam kerangka strategi mengembalikan peranan institusi wakaf dalam masyarakat.
Gambar sekitar Hari Wakaf Produktif Pulau Pinang 2015