Puan Jama'ah Binti Abu Bakar atau lebih dikenali dengan Mak Teh, seorang ibu tunggal yang tinggal di kawasan Batu Maung. Dengan hasil jualan kerepek beliau menyara 3 orang anaknya. Semoga sumbangan yang diberikan oleh pihak MAINPP dapat meringankan beban Mak Teh sekeluarga. |
|
Encik Faizul, 24 tahun yang menerima rawatan dialisis selama 2 tahun turut menerima sumbangan. |
|
Ketua Bahagian Wakaf, Tuan Haji Fakhruddin Bin Abd. Rahman menyerahkan sumbangan kepada Encik Hisham Bin Samsudin, yang telah 3 tahun dialisis dan tidak mampu untuk bekerja. |