|
MAINPP
telah membuat perolehan sebuah kereta jenazah yang telah ditempatkan
di daerah Pejabat Pentadbiran Agama Daerah Kepala Batas. Susulan
daripada itu, kini MAINPP telah membuat perolehan 5 kereta jenazah
lagi yang ditempatkan di seluruh pentadbiran Pejabat Agama Daerah
melalui kerjasama dengan jawatankuasa-jawatankuasa Qaryah yang
terpilih. Perolehan kereta jenazah ini bertujuan untuk memberi
kemudahan kepada masyarakat Islam yang memerlukan perkhidmatan
kereta jenazah di negeri ini.
Pengagihan kereta jenazah ini adalah dibuat mengikut keperluan bagi
sesuatu Pejabat Pentadbiran Agama Daerah dan diuruskan mengikut
Qaryah-qaryah terpilih. Sehubungan itu, kadar yang dikenakan
adalah mengikut lingkungan Pentadbiran Agama Daerah yang mana
ketetapan kadarnya adalah seperti berikut:-
i. Penggunaan dalam persekitaran Qaryah yang
menguruskan - tidak melebihi
RM50.00
ii. Penggunaan diluar Qaryah tetapi dalam daerah
Pentadbiran Agama Daerah -
tidak melebihi RM70.00
iii. Penggunaan diluar Pentadbiran Agama Daerah – RM1.00
perkilometer beserta kenaan bayaran tetap tidak melebihi RM70.00
keluar daerah.
** Kenaan bayaran yang berkenaan adalah telah mengambilkira
bayaran kos minyak,tol dan saguhati kepada pemandu.
Sekiranya terdapat permintaan lebih daripada satu permohonan pada
hari yang sama, maka Pengerusi Qaryah, perlu memutuskan pemohon yang
diutamakan bergantung kepada pendapatan pemohon, situasi, dan
keutamaan untuk tujuan kebajikan.Segala kutipan yang diperolehi
daripada kenaan caj penggunaan van jenazah ini akan diuruskan oleh
Jawatankuasa Qaryah berkenaan.
Tugas penyelenggaraan adalah dipertanggungjawabkan kepada
Jawatankuasa Qaryah yang menerima sumbangan van jenazah ini. Pihak
Pusat Urus Zakat, MAINPP akan menyalurkan peruntukan sebanyak RM5000
setahun kepada Jawatankuasa Qaryah bagi tujuan penyelenggaraan
kenderaan ini. Sekiranya jumlah peruntukan yang disalurkan tidak
mencukupi, pihak Jawatankuasa Qaryah yang menguruskan kenderaan ini
boleh menggunakan hasil daripada caj penggunaan yang dikenakan bagi
tujuan penyenggaraan.
Pengurusan Van Jenazah ini adalah di bawah kawalan Jawatankuasa
Qaryah yang terpilih untuk menerima sumbangan ini. Hal ini adalah
termasuk penyenggaraan, pemandu serta lain-lain hal yang berkaitan.
|