Permohonan Penyewaan Premis Wakaf

 

OBJEKTIF

Prosedur ini bertujuan untuk memastikan proses permohonan penyewaan premis wakaf MAINPP dilaksanakan dengan betul dan teratur.

 

DEFINISI

 

Premis Wakaf  - Premis kediaman atau premis komersial  wakaf yang ditadbir oleh   MAINPP.

 

J/K Pengurusan Harta -  Jawatankuasa yang bertanggungjawab untuk mempertimbang dan meluluskan permohonan penyewaan premis wakaf dengan kekerapan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 bulan sekali.

 

PROSES KERJA

1.        Menerima dan menyemak borang permohonan penyewaan premis wakaf untuk memastikan borang yang dikemukakan adalah lengkap.

        Perkara perkara yang disemak:-

 

a.                  Nama ( seperti dalam kad pengenalan )

 

b.                  No.Kad Pengenalan

 

c.                  Alamat

 

d.                  Pendapatan

 

e.                  Tanggungan

 

f.                    Pekerjaan

 

g.                  Kadar sewa yang mampu dibayar


 

2.        Jika borang permohonan lengkap masukkan maklumat dalam Sistem Pendaftaran Penyewaan Premis Wakaf.
 

3.        Mencetak laporan permohonan penyewaan premis wakaf dan mengemukakannya kepada PSW .

 

4.        Menyemak data permohonan berdasarkan  borang-borang permohonan asal bagi memastikan maklumat  di dalam borang permohonan beserta

           laporan adalah betul.

 

5.        Menyediakan kertas kerja dan mendapatkan pengesahan KBW  dengan menurunkan tandatangan ringkas  di format seperti  Lampiran 5.

 

6.        Menyimpan borang permohonan asal dan dokumen yang disertakan dalam fail

 

7.        Membentangkan kertas kerja dalam Mesyuarat J/K Pengurusan Harta.

 

8.        Menyediakan minit mesyuarat mengenai keputusan permohonan penyewaan premis wakaf.

 

9.        Memaklumkan keputusan kepada pemohon yang berjaya   beserta dengan borang maklumbalas tawaran.
 

10.      Memaklumkan keputusan penolakan  permohonan kepada pemohon yang tidak berjaya.

 

11.      Menerima maklumbalas surat persetujuan penyewaan premis dan memastikan bayaran deposit serta bayaran  sebulan sewa dijelaskan.

 

12.      Menyediakan surat perjanjian penyewaan wakaf

 

13.      Memastikan perjanjian penyewaan dilengkapkan dengan  butiran-butiran seperti berikut:-
 

            a.         Perihal penyewa

 

                     1. Nama

                     2. No. Kad Pengenalan
                     3. Alamat Penyewa                      


 

            b.         Perihal Premis


                        1. Tempoh Penyewaan

                        2. Kadar Sewaan

                        3. Jenis premis (Komersial/Kediaman) dan;

                        4. Alamat premis
 

            c.         Tarikh Perjanjian

 

            d.         Tandatangan Penyewa, Saksi dan S/U beserta saksi MAINPP 

 

14.      Menyemak surat perjanjian bagi memastikan ianya sempurna dan teratur.

 

15.      Menyerahkan kunci premis yang berkenaan kepada penyewa dan merekodkan di dalam Buku Daftar Penyerahan Kunci Premis Wakaf.