Dasar Privasi
1. Privasi anda
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan
perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.
Sekiranya anda
membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat
peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi
awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan
dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang
memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.
2. Maklumat Yang
Dikumpul
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari portal
ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.
3. Apa yang akan
Berlaku jika Saya Membuat Pautan kepada Laman Web yang Lain?
Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini
hanya terpakai untuk portal ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa
laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi
yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan
memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.
4. Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di
halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas
kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam
keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang
lain.
Dasar Keselamatan
1. Perlindungan
Data
Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk
melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard
keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang
tidak dibenarkan.
2. Keselamatan
Storan
Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan
dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan
yang sesuai.
|