Komitmen Kami Seluruh Warga Majlis Agama Islam
Negeri Pulau Pinang Adalah Untuk Memberi Perkhidmatan Yang Telus, Cekap
Dan Berkualiti Kepada Semua Pelanggan Mainpp. Dari Itu, Kami Berikrar:-
Memproses
Semua Permohonan Penyewaan Premis Wakaf Dan Memberi Jawapan Dalam Tempoh
Dua (2) Bulan Dari Tarikh Permohonan
Diterima.
Permohonan
Pindahmilik Harta-Harta Wakaf Kepada Mainpp Diproses Dalam Tempoh Enam
(6) Bulan Dari Tarikh Permohonan Diterima.
Semua
Permohonan Jual-Beli, Rayuan Dan Pengurangan Harga Harta Baitulmal
Diproses Dalam Tempoh Empat (4) Bulan Dari Tarikh Permohonan Diterima.
Memproses
Permohonan Penyewaan Harta-Harta Baitulmal Dalam Tempoh Empat (4) Bulan
Dari Tarikh Permohonan Diterima.
Memastikan
Pendaftaran Hak Milik Baitulmal Diselesaikan Dalam Tempoh Tujuh (7)
Hari Selepas Menerima Perintah Mahkamah.
Menerima
Segala Serahan Kepada Baitulmal Dengan Amanah Dan Menguruskannya Dengan
Cekap Dan Sempurna.
Menerima
Dan Melupuskan Harta Luqatah Mengikut Prosedur Yang Ditetapkan Dalam
Tempoh Lapan Belas (18) Bulan Dari Tarikh Penerimaan Harta Tersebut.
Memastikan
Projek-Projek Pembangunan Mainpp Dilaksanakan Mengikut Jadual Yang
Ditetapkan.
Menimbang
Dan Memberi Ulasan Ke Atas Pelan Masjid/Surau Kepada Pihak Berkuasa
Tempatan Atau Syarikat Pemaju Projek Dalam Tempoh Tiga (3) Minggu.
Memastikan
Bayaran Gaji Kakitangan Dan Elaun Ahli-Ahli Majlis Dibayar Mengikut
Jadual Yang Ditetapkan.
Memastikan
Bayaran Ke Atas Setiap Perkhidmatan Dan Bekalan Yang Diterima Dijelaskan
Dalam Tempoh Satu (1) Bulan Dengan Syarat Ianya Lengkap Dan Teratur.
Memastikan
Pungutan Sewa Ke Atas Semua Premis Mainpp Dilaksanakan Mengikut Jadual
Yang Ditetapkan.
Menerima
Bayaran Hasil Dan Mengeluarkan Resit Dengan Serta Merta.
Menyediakan
Penyata Kewangan Mainpp Yang Lengkap Dan Teratur Sebelum 31 Mei.
Memberi
Maklum Balas/Jawapan Atas Semua Surat-Surat Dalam Tempoh Dua (2) Minggu
Dari Tempoh Penerimaan.
Melayan
Setiap Aduan Dan Memastikan Tindakan Segera Di Ambil Ke Atasnya Dalam
Tempoh Satu (1) Minggu.
Memastikan
Setiap Pertanyaan Daripada Pelanggan Dilayan Dengan Mesra, Tepat Dan
Jelas.