


|
Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) di antara Majlis
Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan Uda Land North Sdn. Bhd
telah di adakan pada 7 Februari 2009 bertempat di Hotel Equatorial
Bukit Jambul, Pulau Pinang. Majlis yang gilang- gemilang ini turut
dihadiri oleh tetamu terhormat Y.B Datuk Seri Dr. Haji Zahid Hamidi,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan YB Datuk Noh Haji Omar,
Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi. Majlis ini disertai oleh
semua kakitangan MAINPP dan Uda Land North Sdn Bhd sebagai tanda
sokongan bersama untuk membangunkan tanah wakaf di negeri Pulau
Pinang. Dengan termetrinya MOU ini akan mencetuskan hubungan yang
berterusan malah lebih rapat dan akrab di antara kedua-dua agensi
ini demi kebaikan agama Islam dan ummah di Pulau Pinang secara
khususnya dan seluruh Malaysia secara amnya.
|