PROGRAM IJTIMA’ JAWATANKUASA MASJID SELURUH NEGERI PULAU PINANG DAN  MAJLIS  PENYERAHAN  VAN  JENAZAH






Program Ijtima’ Jawatankuasa Masjid Seluruh Negeri Pulau Pinang Dan Majlis Penyerahan Van Jenazah  telah  diadakan  pada 20 Jun 2009  bertempat di Dewan Politeknik Seberang Perai Pulau Pinang. Majlis Penyerahan ini telah disempurnakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Y.B Dato’ Jamil Khir bin Haji Baharom(B). Majlis ini  telah dihadiri oleh kira-kira 1,000 orang yang terdiri daripada pengerusi Qaryah dan AJK Qaryah seluruh Negeri Pulau Pinang .
Sebanyak 5 Buah masjid telah dipilih untuk menerima van jenazah ini . Antaranya ialah Masjid  Teluk Kumbar (Daerah Barat Daya) , Masjid kepala Gajah (Daerah Seberang Perai Selatan, Masjid Hashim Yahaya(Daerah Timur Laut), Masjid Teluk Air Tawar (Seberang Perai Utara)  dan Masjid Kampung Sekolah Juru (Seberang  Perai Tengah). Asas sumbangan kelima-lima van jenazah ini adalah sebagai memenuhi permohonan yang di terima ole pihak MAINPP daripada masjid-masjid di negeri ini yang mengharapkan kemudahan seperti ini dapat disediakan. Justeru piihak Majlis  juga telah menetapkan kaedah pengagihan  van ini di buat mengikut  keperluan pentadbiran agama di peringkat daerah. Harga seunit van tersebut adalah RM101,000.  Selain Itu Pihak MAINPP juga  dapat berkongsi maklumat dan Halatuju Kerajaan di dalam  membina persefahaman demi mencapai matlamat pembangunan Negara. Pihak MAINPP sentiasa membuat perancangan  dan melaksanakan pelbagai program dan aktiviti yang merangkumi bukan sahaja dari aspek pembangunan fizikal malah diambil kira juga dari aspek rohani.  Hanya menerusi pendekatan ini sahaja yang dapat menjamin pembangunan yang dihasratkan dapat dicapai secara seimbang dan sempurna . Program ijtimak ini juga  diadakan untuk meningkatkan kerjasama dan kesedaran jawatankuasa qariah mengenai perjalanan beberapa institusi keagamaan seperti tanah wakaf dan zakat.