BENGKEL SURAU TERBIAR
![]()
|
Pada 5 Mac 2009 yang lalu, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) bersama beberapa agensi NGO di sekitar negeri Pulau Pinang telah mengadakan satu bengkel bagi membincangkan serta mencari jalan alternatif yang terbaik untuk memanfaatkan surau-surau terbiar di sekitar negeri Pulau Pinang. Bengkel yang di adakan sehari ini anjuran Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang adalah bertujuan untuk mendapatkan pandangan daripada NGO cara yang terbaik untuk membangunkan semula surau-surau terbiar ini agar boleh dimanfaatkan semula untuk tujuan-tujuan keagamaan dan sebagainya. Bengkel yang dihadiri seramai 25 orang ini termasuk kakitangan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang adalah untuk mencari jalan penyelesaian untuk mengimarahkan semula surau-surau yang terbiar di sekitar Pulau Pinang.
|