KEMUDAHAN BAYARAN SEWA PREMIS/TAPAK/KEDIAMAN DAN KOMERSIAL MELALUI PERKHIDMATAN
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB)
 

Dimaklumkan bahawa penyewa premis MAINPP boleh membuat bayaran sewa mereka dengan menggunakan kemudahan perkhidmatan di kaunter-kaunter 
Bank Islam Malaysia Bhd. (BIMB
) mulai 8 Ogos 2008.  Yuran perkhidmatan yang dikenakan adalah sebanyak RM1.00 bagi setiap transaksi.

Cara mengisi slip pembayaran bil adalah seperti berikut:
Pihak pelanggan/penyewa dikehendaki menulis no. bil sebagaimana yang dinyatakan di dalam bil sewaan yang dikeluarkan oleh MAINPP pada setiap bulan
(No. bil akan berubah-ubah pada setiap bulan bil dikeluarkan).  Contoh Slip Pembayaran Bil dan Bil Sewaan adalah seperti di bawah.  Walau bagaimanapun para penyewa masih boleh membuat pembayaran sewa di kaunter pejabat MAINPP seperti biasa.
Pihak MAINPP berharap kemudahan yang disediakan ini dapat memberi keselesaan dan memudahkan urusan para penyewa.
 

 

web counter